Lara Hati ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 dibintangi oleh Noorkhiriah dan Rusdi Ramli. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Ratu TV9 bermula 1 Mei 2012 hingga 18 Jun 2012 menggantikan Bukan Untukmu.[1][2]

Fakta Segera Lara Hati, Genre ...
Lara Hati
GenreDrama
Ditulis oleh
  • Mohd Hafeezul Yob
  • Adam Tahir
PengarahKeoi Khalid
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifNorazhar Baharuddin
PenerbitMd Fadzil Teh
SinematografiYazrol Yon Yahaya
Tempoh siaran39 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar480i (SDTV)
Siaran asal1 Mei 2012 – 18 Jun 2012
Tutup

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[3]

Sinopsis

Mengisahkan tentang Roseida (Noorkhiriah) yang menjadi kegilaan ramai lelaki sejak di bangku sekolah lagi tetapi fokusnya hanya untuk belajar dan mengubah nasib keluarganya. Keharmonian keluarganya mula terganggu apabila ibunya (Lydiawati) mengahwini Mat Isa. Roseida berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjalinkan hubungan dengan Hadeef lakonan Rusdi Ramli. Kehidupannya mula berubah apabila bapa tirinya meninggal dunia dan memberi kesan pada kedudukan kewangan keluarganya. Untuk menampung perbelanjaan Roseida di universiti, ibunya memaksa dia berkahwin dengan seorang pegawai pemasaran, Roslin (Faizal Hussein). Tidak lama selepas perkahwinan mengejut itu Roseida disahkan mengandung dan Roseida tidak lagi mahu meneruskan pengajiannya di universiti.

Sepuluh tahun kemudian, semasa Roseida ke hospital untuk melawat suaminya yang koma akibat ditimpa kemalangan, dia terserempak dengan cinta pertamanya Hadeef. Setelah Roslin pulih daripada koma, dia diceraikan. Tidak ingin terus dihimpit kesedihan, Roseida nekad untuk memulakan hidup baru. Roseida berbaik semula dengan Hadeef namun terpaksa memendam perasaan apabila mendapat tahu bahawa Hadeef adalah teman lelaki adiknya Roseliza (Sharifah Sakinah). Haruskah Roseida mengalah demi kebahagiaan adiknya atau terus mengejar kebahagiaan yang telah lama diimpikannya?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Undangan khas

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.