From Wikipedia, the free encyclopedia
Cortes menulis, “ Selepas Tuhan, kami terhutang budi kepada Doña Marina keatas penaklukan Sepanyol Baru .”
La Malinche (sekitar 1505 – 1529), merupakan nama Aztek bagi seorang wanita yang memainkan peranan penting dalam penaklukan Sepanyol. Dia juga dikenali dengan nama kristiannya Doña Marina. Bagi Cortez, dialah penterjemah, setiausaha, tempat mengadu dan juga wanita simpanannya. Tetapi ramai rakyat Mexico membencinya kerana dianggap sebagai seorang pengkhianat. Malah, akibat bisikannya yang merbahaya ramai puak pribumi negara itu telah terbunuh. Oleh itu di Mexico, perkataan La Malinche merujuk kepada seorang yang "suka atau terpesona dengan barangan asing".
Dia dilahirkan dalam keluarga bangsawan berketurunan Aztek. Sebaik sahaja ayahnya seorang penghulu atau "chief" meninggal dunia, ibunya kahwin semula dan kemudiannya melahirkan seorang anak lelaki. Ayahnya yang baru, mendesak ibunya supaya dia dan bukannya La Malinche, dijadikan ketua yang baru dan memerintah kampung yang mereka duduki. Lalu, ibunya menjualnya kepada beberapa peniaga dan membuat cerita kononnya anak perempuannya telah mati. Peniaga itu pula membawa gadis ini ke Tabasco dimana dia dijual sebagai hamba abdi Cacique, ketua tentera dikawasan tersebut. Apabila Cortés tiba di Mexico, dia telah menguasai dialek kaum Maya yang ditutur di Yucatan dan masih memahami Nahuatl, iaitu bahasa kaum Aztek.
Di Tabasco, Cortés telah dihadiahkan 20 gadis pribumi dan di antaranya ialah La Malinche. Kesemua gadis tersebut telah dibaptiskan termasuk La Malinche yang kemudiannya diberi nama baru, Doña Marina.
Pada mulanya Cortés tidak berminat dengannya tetapi ia terus berubah apabila perwakilan Moctezuma II singgah di penempatan pihak Sepanyol. Sebelum ini, Cortés bergantung dengan seorang penterjemah bernama Jeronimo de Aguilar yang boleh berbahasa Sepanyol dan dialek Maya. Malangnya perwakilan ini hanya oleh bertutur dalam bahasa Aztek. Oleh itu, beliau gagal berbual dengan mereka.
Pada malam itu, dia diberitahu bahawa seorang hamba abdinya iaitu Doña Marina boleh berbahasa Aztek. Pada keesokan harinya, gadis ini menjadi orang tengah Cortés dengan perwakilan tersebut. La Malinche tidak memahami Sepanyol tetapi dia menterjemahkan bahasa Aztek kepada Maya dan Jeronimo pula menterjemahkannya kedalam bahasa Sepanyol. Akhirnya, Cortés berjaya menyampaikan mesejnya kepada perwakilan maharaja Mexico.
Cortez amat terhutang budi dengan hamba abdi ini dan menjadikannya perempuan simpanannya. Setelah beberapa bulan tidur bersamanya, La Malinche dapat menguasai pula bahasa Sepanyol. Justeru itu, dia menyingkirkan Jeronimo sebagai penterjemah utama Cortés.
Cortés memulakan perjalanannya dengan hentian pertama di Tlaxcala, sebuah negeri bebas di Mexico. Pada mulanya rakyatnya menyerang tentera Cortez tetapi terpaksa akur dengan kecanggihan senjata Sepanyol seperti pedang, kapak, kuda dan senjata api. Cortés melalui penterjemahnya iaitu La Malinche, kemudian membuat perjanjian dengan mereka iaitu sekiranya mereka memeluk agama Kristian mereka akan diampun dan beliau akan berusaha untuk menyingkirkan musuh ketat mereka iaitu Maharaja Moctezuma. Beliau juga memberi amaran,jika mereka enggan mematuhinya, mereka semua akan dibunuh. Akhirnya puak Tlaxcaltecas bersetuju; dan Cortés menyambungkan perjalanannya dengan hampir 2,000 perwira Tlaxcalteca ke arah ibukota Mexico.
Ramai ahli sejarah barat menganggap La Malinche sebagai pembawa keamanan di Mexico. Tanpa dia, agak mustahil bagi Cortés untuk berunding dengan puak tempatan. Jika tiada berundingan kemungkinan besar Askar Sepanyol akan bertindak dengan kekerasan. Namun, La Malince telah mengakibatkan pertumpahan darah berlaku terutamanya di Cholula.
Selepas Cortés tiba di Cholula, bandar kedua terbesar di Empayar ini, La Malinche memberitahu beliau terdapat khabar angin puak tempatan merancang untuk membunuh askarnya sewaktu mereka sedang tidur. Tanpa banyak soal, beliau mengarahkan tenteranya untuk membunuh kesemua rakyat di Cholula. Tenteranya yang ganas itu kemudiannya membakar bandar tersebut dan membunuh hampir 30,000 penduduk disana. Selepas itu, Cortés menghantar utusan kepada Moctezuma menceritakan bahawa ketua Cholula menghinakannya dan telah dihukum, tetapi sekiranya Moctezuma menghormati beliau dan terus menghadiahkan emas, Maharaja itu tidak perlu takut dengan kemarahannya.
La Malinche juga memainkan peranan yang mustahak dalam menukarkan agama Moctezuma. Wanita ini sangat ekstrim dengan agama Kristian dan dia serta Cortés telah berusaha untuk mengkristiankan maharaja itu. Dalam beberapa perjumpaan yang sulit mereka telah mendesak maharaja itu untuk membuat beberapa perubahan. Pada mulanya, mereka meminta agar patung-patung pujaan Aztek dikeluarkan dari kuil utama. Selepas itu, mereka mendesak maharaja itu untuk mengarahkan orang suruhannya untuk mencuci darah mereka yang pernah dikorbankan. Akhir sekali, mereka meminta simbol Kristian seperti salib diletakkan ditempat pemujaan kaum Aztek. Tindakan-tindakan tersebut telah menaikkan kemarahan rakyat jelata dan akhirnya Moctezuma dibunuh oleh rakyatnya sendiri.
Selepas tentera Sepanyol diusir dari ibu kota ini, La Malinche telah mengikut serta dengan mereka. Beberapa bulan selepas itu, Cortés berjaya menakluki ibu kota itu dan membunuh maharaja terakhir iaitu Cuauhtémoc.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.