From Wikipedia, the free encyclopedia
Kwijau Gana (Bingkor) adalah salah satu kaum ethnik bumiputera di Sabah, timur Malaysia di pulau Borneo. Mereka mendiami kawasan Pendalaman dalam sekitar 12-batu sekeliling barat dan utara bandar Keningau.[1] Pada tahun 2000, bilangan mereka dianggarkan sekitar 7,910. Mereka dianggap kumpulan kecil Kadazan-Dusun,[2] kerana bahasa mereka merupakan cabang bahasa Dusun dalam keluarga bahasa Austronesian (ISO 639-3 dkr). Sekitar 20% penduduk telah menganut ugama Kristian, sementara yang baki kekal animistik. Mereka terkenal kerana mengamalkan Magunatip, tarian Malaysia timur yang banyak persamaan dengan tinikling di Filipina. Tarian ini ditarikan oleh pemuda dan pemudi, ia membabitkan penari melakukan langkah lompatan yangm eletakkan kaki penari dalam dan keluar, agar kaki mereka tidak terkepit oleh dua palang buluh yang dipegang oleh sepasang lagi penari, yang menghantukan sepasang buluh tersebut bersama dan pada batang kayu atau buluh yang lebih pendek, bagi menghasilkan irama yang menarik.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.