Kumamoto

bandar di Kumamoto prefektur, Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia

Kumamoto

Kumamoto (熊本市,, Kumamoto-shi, كوماموتو) merupakan ibu negeri bagi Wilayah Kumamoto di pulau Kyushu, Jepun. Di kawasan Kumamoto Raya (熊本都市圏,, Kumamototoshiken, Kawasan Metropolitan Kumamoto), jumlah penduduknya ialah 1,460,000 orang berdasarkan bancian tahun 2000. Kumamoto bukanlah sebahagian daripada kawasan metropolitan Fukuoka–Kitakyūshū walaupun sempadan mereka berkongsi.

Rencana ini tentang bandar di Jepun. Bagi wilayah di Jepun dengan nama yang sama, sila lihat Wilayah Kumamoto.
Fakta Segera 熊本, Negara ...
Kumamoto
熊本
熊本市 · Kumamoto City
Dari atas kiri: Pemandangan Kumamoto Tengah dari Istana Kumamoto, Istana Kumamoto, Trem Bandaraya Kumamoto, Kuil Hachimangu Fujisaki dan Suizenji jojuen
Dari atas kiri: Pemandangan Kumamoto Tengah dari Istana Kumamoto, Istana Kumamoto, Trem Bandaraya Kumamoto, Kuil Hachimangu Fujisaki dan Suizenji jojuen
Bendera Kumamoto
Lokasi Kumamoto di Wilayah Kumamoto
Lokasi Kumamoto di Wilayah Kumamoto
NegaraJepun
KawasanKyushu
WilayahWilayah Kumamoto
Pentadbiran
  Datuk BandarSeishi Kōyama
Keluasan
  Jumlah389.53 km2 (150.40 batu persegi)
Penduduk
 (1 Mac 2010)
  Jumlah731,286
  Kepadatan1,880/km2 (4,900/batu persegi)
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
- PokokGinkgo
- BungaCamellia
- BurungGreat Tit
Nombor telefon096-328-2111
Alamat1-1 Tetorisai-machi, Kumamoto-shi, Kumamoto-ken
860-8601
Laman sesawangwww.city.kumamoto.kumamoto.jp
Tutup

Pentadbiran

Thumb
Peta wad-wad Kumamoto

Wad-wad Kumamoto

Terdapat lima buah wad dalam bandar Kumamoto dengan wad Chūō merupakan pusat pemerintahan Kumamoto.

  • Kita-ku (北区)
  • Nishi-ku (西区)
  • Chūō-ku (中央区)
  • Higashi-ku (東区)
  • Minami-ku (南区)

Tempat tarikan

Thumb
Istana Kumamoto

Istana Kumamoto

Istana Kumamoto merupakan tarikan pelancong paling terkenal di Kumamoto, yang merupakan sebuah istana Jepun yang masih terpelihara sehingga kini. Bahagian tengah istana dibina semula pada 1970-an, tetapi ada beberapa bahagian istana yang masih kekal daripada rekaan asal.

Pautan luar

Kategori berkenaan Kumamoto di Wikimedia Commons

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.