From Wikipedia, the free encyclopedia
Koboi (serapan bahasa Inggeris: cowboy ) merupakan gembala yang mengawasi lembu sapi di ladang-ladang secara menunggang kuda khususnya di Amerika Syarikat. Pekerjaan ini memiliki akar sejarah yang dalam sampai ke Sepanyol dan pemukim awal di Amerika. Selama berabad-abad, perbedaan tanah, iklim, dan pengaruh dari tradisi menternak dibawa berbagai-bagai budaya menghasilkan peralatan dan teknologi, pakaian, dan cara menggembala yang berbeza-beza seiring keperluan semasa.
Peranan penggembalaan yang dilakukan sepanjang zaman sejarah negara tersebut tidak sahaja menjadi gambaran ideal budaya malah juga digambarkan sebagai citra ideal maskulin. Konotasi gaya hidup yang diamalkan oleh para koboi juga menjadi sering digunakan untuk menggambarkan seseorang yang semborono atau mengabaikan risiko potensial, tidak bertanggungjawab atau melakukan pekerjaan berbahaya dengan tidak berhati-hati.[1] Sebagai contoh, majalah TIME ada menggambarkan dasar-dasar luar negeri Presiden George W. Bush sebagai "Diplomasi Koboi"[2] (lagi-lagi dengan asal-usulnya yang lahir di Texas yang ada budaya koboi di sana).
Budaya berkuda orang Sepanyol diketahui boleh datang dari amalan berkuda semasa zaman kerajaan Andalusia baik dari segi alat digunakan mahupun cara tunggangan.[3][4]
Budaya ini mula diluaskan keluar dari alam Sepanyol Baru dengan bertembungnya para pedagang Inggeris sejauh New England yang berlayar ke California untuk berdagang hasill haiwan seperti kulit dan lemak daripada golongan hacendado and vaquero, begitu juga dengan mereka yang mengikuti laluan rentas pedalaman benua ke Santa Fe (kini di negeri New Mexico moden). Pertembungan ini membawa kepada penerapan unsur-unsur budaya Inggeris yang mengacuk dalam.[5] Malah, pengistilahan vaquero inilah yang dipinjamkan kepada kata cowboy dalam bahasa Inggeris (melalui kata dasar vaca "lembu").[6]
Bekas hamba abdi atau anak-anak mereka turut mewarisi budaya dan amalan gembala ini berikutan pembebasan dan penghijrahan mereka menuju barat negara selepas tamatnya Perang Saudara Amerika;[7] sebanyak antara 6,000 hingga 9,000 orang kaum kulit hitam terlibat dalam pekerjaan gembala ini pada abad 1860-an hingga 1880-an.[8][9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.