Kim Seol-hyun

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kim Seol-hyun

Kim Seol-hyun (Hangul: 김설현; lahir 3 Januari 1995), lebih dikenali sebagai Seolhyun, ialah seorang penyanyi, penari dan pelakon wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan AOA. Beliau telah membintangi drama Ugly Alert (2013) dan Orange Marmalade (2015).

Fakta Segera Seolhyun, Maklumat latar belakang ...
Seolhyun
Thumb
Seolhyun pada tahun 2016
Maklumat latar belakang
Nama lahirKim Seol-hyun
Juga dikenali
sebagai
Seol-hyeon (en)
Kelahiran (1995-01-03) 3 Januari 1995 (umur 30)
Bucheon, Gyeonggi, Korea Selatan
WarganegaraKorea Selatan
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penari
  • pelakon
Alat muzik
  • Vokal
Tahun aktif2012–sekarang
Syarikat rakaman
Anggota bagiAOA (2012–2022)
Kegiatan berkaitan
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup
Fakta Segera Hangul, Perumian Semakan ...
Nama Korea
Hangul
김설현
Perumian SemakanGim Seol-hyeon
McCune–ReischauerKim Sŏlhyŏn
Tutup

Kehidupan awal

Seolhyun dilahirkan pada 3 Januari 1995 di Bucheon, Korea Selatan.[1] Beliau menghadiri Sekolah Rendah Kachiul, Sekolah Menengah Sungkok dan Sekolah Tinggi Seni. Beliau mengambil jurusan bahagian filem di Universiti Kyung Hee. Seolhyun bermain piano sejak kanak-kanak (ibu beliau adalah seorang guru piano) dan mahu menjadi seorang penyanyi sejak beliau berada dalam kelab muzik sekolah.

Karier

Pada tahun 2010, Seolhyun memenangi Pertandingan Model Smart ke-8 (스마트 모델 선발 대회), sebuah pertandingan dimana pelajar biasa memakai pakaian seragam. Pemenang pertandingan ini kerap menjadi selebriti. Semasa pertandingan ini, beberapa agensi bakat hadir dan Seolhyun telah dipilih oleh pengurus semasa beliau di FNC.[2][3] Pada bulan Januari 2012, Seolhyun muncul dalam video muzik F.T. Island untuk lagu "Severely" dari album mini, Grown-Up.[4]

Pada 30 Julai 2012, Seolhyun membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli AOA dalam M! Countdown menerusi lagu "Elvis" dari album single pertama mereka, Angels' Story.[5] Tidak lama selepas itu, beliau telah dipilih untuk melakonkan peranan pembantu dalam drama My Daughter Seo-young yang mula ditayangkan pada bulan September.[6] Beliau melakonkan watak Seo Eun-soo.[7]

Pada 5 Februari 2013 Seolhyun dan Lee Se-young telah dipilih sebagai model baru untuk jenama Clean & Clear.[8] Pada 23 April, Seolhyun telah dipilih untuk berlakon dalam drama Ugly Alert sebagai Gong Na-ri.[9]

Pada tahun 2014, Seolhyun menjadi model untuk jenama Buckaroo dan Mizuno Snow Gear.[10] Beliau kemudiannya membintangi filem 2015, Gangnam Blues.[11] Beliau mengalahkan 500 orang lain yang menjalani ujian untuk watak Seon-hye.[12][13] Seolhyun telah dipilih sebagai ahli rancangan varieti KBS, Brave Family tetapi rancangan ini dibatalkan kerana rating rendah selepas 10 episod.[14][15]

Pada 10 Februari 2015, ia telah didedahkan bahawa Seolhyun akan melakonkan watak wanita utama dalam drama KBS2, Orange Marmalade. Drama ini mula disiarkan pada 15 Mei 2015. Seolhyun melakonkan watak Baek Ma-ri dimana beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Paling Popular di Anugerah Drama KBS 2015.[16] Pada 9 April, Seolhyun menjadi model untuk Enter 6.[17] Pada 30 April, ia telah didedahkan bahawa Seolhyun bersama-sama pelakon lain akan membintangi kempen pengiklanan untuk SK Telecom, sebuah drama bertajuk Let's Be Strange.[18] Seolhyun melakonkan watak utama dalam video muzik N.Flying untuk lagu "Awesome".[19]

Pada bulan Ogos 2015, Seolhyun telah dipilih untuk berlakon dalam filem thriller, Murderer's Guide to Memory sebagai anak perempuan seorang pembunuh. Filem ini diarahkan oleh Won Shin-yeon dan dijadual ditayangkan pada tahun 2016.[20] Pada bulan November, Seolhyun dan Lee Min-ho telah dipilih sebagai duta promosi untuk "Tahun Melawat Korea".[21] Pada bulan Januari 2016, Seolhyun menjadi model baru untuk Hazzys Accessories, G-Market, Mind Bridge, Acuvue dan Kolping.[22][23][24][25] Sejak bulan Mac 2016, Seolhyun merupakan tetamu tetap dalam Law of the Jungle di Tonga.[26]

Diskografi

Runut bunyi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Album
2015 "Gonna Be Alright" Orange Marmalade OST
"Memories of You"
Tutup

Filmografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Nota
2015 Gangnam Blues Kang Seon-hye Peranan utama
2016 A Murderer's Guide to Memorization Eun-hee
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2012 My Daughter Seo-young Seo Eun-soo KBS2 Peranan pembantu[27]
2013 Ugly Alert Gong Na-ri SBS Peranan utama[28]
2015 Orange Marmalade Baek Ma-ri KBS2 Peranan utama
Tutup

Rancangan realiti

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2013Cheongdam-dong 111Diri sendiritvN[29]
Tutup

Rancangan varieti

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
20142 Days & 1 NightTetamu istimewaKBS2Musim 3 Episod 28 (bersama Jimin & Choa)
Running ManTetamuSBSEp. 210
2015Brave FamilyAhliKBS[30]
Running ManTetamuSBSEp. 255, 278, 279
Happy TogetherTetamuKBSMusim 3 Ep. 385 (Ji Jinhee, Koo Hyesun, & Ahn Jaehyeon,(2015.03.05)
2 Days & 1 NightMorning angelKBS2Musim 3 Episod 98
Anugerah Hiburan KBSTetamuKBS[31]
2016Law of the JungleAhliSBSLaw of the Jungle di Tonga
Running ManTetamuSBSEp. 293
Secretly GreatlyTetamuMBCEpisod 1
Tutup

Video muzik

Maklumat lanjut Tahun, Video muzik ...
Tahun Video muzik Artis Peranan
2012"Severely"F.T. IslandPeranan utama
2015"Awesome"N.Flying
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.