From Wikipedia, the free encyclopedia
Khabane "Khaby" Lame (lahir 9 Mac 2000) ialah seorang tiktoker kelahiran Senegal yang sedang menetap di negara Itali.[1] Dia terkenal kerana komedi ringkasnya yang dimana dia dengan penuh sindiran menunjukkan orang yang menyusahkan tugas yang mudah tanpa alasan sama sekali.[2] Pada Ogos 2021, Lame merupakan akaun TikTok kedua yang paling banyak diikuti.[3][4][5]
Lame telah dilahirkan di Senegal pada 9 Mac 2000 dan dibesarkan di sebuah kompleks perumahan awam di Chivasso, Itali, sejak berumur satu tahun, di mana dia masih tinggal.[6][7][8] Dia berasal dari keluarga Muslim yang taat.[9] Dia juga berlatih atletik seperti bola sepak dan bola keranjang di sekolah menengah.[10] Dia juga bermain di kejohanan bola keranjang peringkat junior.[8] Sebelum menyertai TikTok, Lame bekerja sebagai pengendali mesin CNC.[11] Dia juga mengalami masalah kewangan, yang dia atasi melalui video TikToknya.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.