From Wikipedia, the free encyclopedia
Ketam cili[1] (bahasa Inggeris: chilli crab , Cina ringkas: 辣椒蟹; pinyin: làjiāoxiè) ialah sejenis hidangan yang terkenal di Singapura. Hidangan ini dibuat dengan menggoreng kilas ketam sepenuhnya dengan cengkerang ia sekali sebelum ia dimasak dalam suatu kuah campuran sos tomato, sos cili dan rempah ratus lain[2] serta ditambah telur sebagai bahan pemekat. Ketam lumpur (Scylla serrata) adalah jenis ketam yang paling biasa digunakan untuk hidangan ini, namun ketam jenis lain masih boleh digunakan juga dalam resipi tanpa perubahan pada rasa.[2]
Ketam cili | |
---|---|
Jenis | Makanan laut |
Tempat asal | Singapura |
Kawasan/rantau | Singapura |
Masakan berkaitan | masakan Singapura |
Dicipta oleh | Cher Yam Tian |
Bahan utama | Ketam |
Keragaman/variasi | Ketam lada hitam |
sunting · sunting di Wikidata |
Hidangan ini mempunyai rasa manis berlauk tersendiri yang serasi dengan isi ketam yang ranggup lembut.
Pada tahun 1956, Cher Yam Tian menciptakan sajian ini atas permintaan suaminya, Lim Choo Ngee, seorang polis dan nelayan sambilan yang mahu berubah selera sekali-sekala dari ketam kukus.[3] Cher memasak ketam dengan kuah tomato sahaja sebelum menambahkan cili ke dalamnya; resipi ini menurut Cher dibuat secara spontan menggunakan bahan ramuan sedia ada pada ketika itu yang sebelum ini menggunakan cili giling segar.[4]
Atas cadangan suaminya yang menggemari sajian ini, Cher mula berniaga sajian ketam tersebut dari sebuah kereta sorong. Perniagaan yang berjaya menjual hidangan ini mendorong penubuhan sebuah restoran terkenal, Palm Beach Seafood di sepanjang Upper East Coast Road.[4]
Resipi ini dikembangkan lanjut oleh seorang tukang masak, Hooi Kok Wai, yang menambahkan telur sebagai pemekat serta sambal belacan.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.