Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kesultanan Deli atau nama rasmi penuhnya Kesultanan Deli Darul Maimun ialah sebuah kesultanan Melayu di Indonesia yang didirikan pada tahun 1669 oleh Tuanku Panglima Perunggit di wilayah bernama Tanah Deli (kini Medan, Indonesia). Kerajaan Deli merupakan sebuah kerajaan ufti sehingga tahun 1814 dan menjadi sebuah kesultanan merdeka dibawah persekutuan Kedatukan Sunggal pada tahun 1814 selepas mendapat kemerdekaan daripada Kesultanan Siak.
Negeri Kesultanan Deli Darul Maimun كسلطانن دلي | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1632–1946 | |||||||||
| |||||||||
Ibu negara | Deli Tua, Labuhan Deli, Kota Medan | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Melayu | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Kerajaan | Monarki Kesultanan | ||||||||
Tuanku Panglima, Sultan | |||||||||
• 1632-1669 | Tuanku Panglima Gocah Pahlawan | ||||||||
• 1945-1967 | Sultan Osman Al Sani Perkasa Alamsyah | ||||||||
• 2005–kini | Sultan Mahmud Lamanjiji Perkasa Alamsyah | ||||||||
Sejarah | |||||||||
• Didirikan | 1632 | ||||||||
• Revolusi Sosial Sumatera Timur | 1946 | ||||||||
|
Menurut Hikayat Deli, seorang pemuda Aceh bernama Muhammad Dalik menjadi laksamana di Kesultanan Aceh. Muhammad Dalik, yang kemudiannya juga dikenali sebagai Gocah Pahlawan dan bergelar Laksamana Khuja Bintan (ada pula sumber yang mengeja Laksamana Kuda Bintan), adalah keturunan daripada Amir Muhammad Badar ud-din Khan, seorang bangsawan dari Delhi, India yang mengahwini Putri Chandra Dewi, puteri Sultan Samudera Pasai. Dia mendapat kepercayaan dari Sultan Aceh untuk menjadi wakil bekas wilayah Kerajaan Haru yang berpusat di daerah Sungai Lalang-Percut.
Dalik mendirikan Kesultanan Deli yang masih di bawah Kesultanan Aceh pada tahun 1630. Setelah Dalik meninggal pada tahun 1653, puteranya Tuanku Panglima Perunggit mengambil alih kekuasaan dan pada tahun 1669 mengisytiharkan kemerdekan daripada kerajaan Aceh. Ibu kotanya terletak di Labuhan, kira-kira 20 km dari Medan.
Satu pertikaian dalam pergantian tampuk kekuasaan pada tahun 1720 menyebabkan Deli terpecah dan terbentuknya Kesultanan Serdang. Setelah itu, Kesultanan Deli menjadi rebutan Kesultanan Siak Sri Indrapura dan Aceh.
Pada tahun 1858, Tanah Deli menjadi milik Belanda setelah Sultan Siak, Sultan Al-Sayyid Sharif Ismail, menyerahkan tanah kekuasaannya tersebut kepada mereka. Pada tahun 1861, Kesultanan Deli secara rasmi diakui merdeka dari Siak dan Aceh. Hal ini menyebabkan Sultan Deli bebas untuk memberikan hak-hak ekonomi kepada Belanda mahupun perusahaan-perusahaan luar negeri yang lain. Pada masa ini Kesultanan Deli berkembang pesat. Perkembangannya dapat terlihat dari semakin kayanya pihak kesultanan berkat usaha perladangan terutamanya tembakau dan lain-lain. Selain itu, beberapa bangunan peninggalan Kesultanan Deli juga menjadi bukti perkembangan daerah ini pada masa itu, misalnya Istana Maimun.
Kesultanan Deli masih tetap wujud sehingga kini meskipun tidak lagi mempunyai kekuatan politik setelah berakhirnya Perang Dunia II dan pengisytiharan kemerdekaan Republik Indonesia.
Revolusi Sosial Sumatera Timur adalah gerakan sosial di Sumatera Timur oleh rakyat yang dihasut oleh kaum komunis terhadap pembesar kesultanan-kesultanan Melayu. Revolusi ini dicetuskan oleh gerakan kaum komunis yang hendak menghapuskan sistem monarki dengan alasan antifeodalisme.
Kerana sukarnya komunikasi dan pengangkutan, berita perisytiharan kemerdekaan 17 Ogos baru dibawa oleh En. Teuku Muhammad Hasan selaku Gabenor Sumatera serta En. Amir selaku Wakil Gabenor Sumatera dan diumumkan di Lapangan Fukereido (sekarang Lapangan Merdeka), Medan pada 6 Oktober 1945. Pada 9 Oktober 1945 pasukan AFNEI di bawah pimpinan Brigjen. T.E.D. Kelly mendarat di Belawan. Kedatangan pasukan AFNEI ini diboncengi oleh pasukan NICA yang dipersiapkan untuk mengambil alih pemerintahan dan membebaskan tawanan perang orang-orang Belanda di Medan.
Meletusnya revolusi sosial tidak terlepas dari sikap beberapa kelompok bangsawan yang tidak menyokong republik setelah adanya Perisytiharan Kemerdekaan Indonesia. Beberapa kelompok bangsawan tidak begitu bersemangat dengan pembentukan republik, kerana setelah Jepun masuk, Jepun menarik semua hak istimewa kaum bangsawan dan tanah perkebunan diambil alih oleh para buruh. Beberapa bangsawan merasa ditipu dan berharap untuk mendapatkan hak-haknya kembali dengan bekerja sama dengan NICA, sehingga semakin menjauhkan diri dari pihak pro-republik. Walaupun saat itu juga banyak kaum bangsawan dan sultan yang menyokong kelompok pro-republik, seperti Amir Hamzah dari Kesultanan Langkat dan Sultan Sulaiman Syariful Alamshah dari Kesultanan Serdang.
Sementara itu, pihak pro-republik mendesak kepada jawatankuasa nasional wilayah Sumatera Timur agar sistem pemerintahan swapraja dihapuskan dan menggantikannya dengan pemerintahan demokrasi rakyat sesuai dengan semangat perjuangan kemerdekaan. Namun pihak pro-republik sendiri terpecah menjadi dua kubu; kubu moderat yang menginginkan pendekatan secara perundingan untuk memujuk beberapa bangsawan dan kubu radikal (yang disokong kaum komunis) yang menginginkan jalan kekerasan.
Revolusi oleh kaum radikal akibat hasutan kaum komunis pecah pada Mac 1946. Bermula di Kesultanan Asahan, revolusi tersebar ke seluruh monarki Sumatera Timur, termasuk Kesultanan Deli. Istana Sultan Deli (Istana Maimun) beserta Sultan dan para bangsawan berjaya dilindungi kerana dikawal TRI dan adanya benteng pertahanan tentara sekutu di Medan.
Sultan Deli dipanggil dengan gelaran Sri Paduka Tuanku Sultan. Jika mangkat, Sultan akan digantikan oleh puteranya. Sultan Deli saat ini ialah Sultan Mahmud Lamanjiji Perkasa Alam, Sultan Deli ke-15, yang bertakhta sejak tahun 2005.
Berlainan dengan Kerajaan-Kerajaan Melayu di Sumatera Timur lainnya, pemerintahan Kesultanan Deli bersifat federasi yang longgar sesuai dengan pepatah yang terdapat di Deli "Raja Datang, Orang Besar Menanti". Tuanku Panglima Gocah Pahlawan sebagai Raja Pertama di Tanah Deli yang dirujuk oleh Sultan Aceh sebagai wakilnya di Sumatera Timur atau Tanah Deli.
Sewaktu pemerintahan Panglima Perunggit (Raja Deli II), Deli mengisytiharkan kemerdekaannya dari Kesultanan Aceh pada tahun 1669 mengikuti jejak-jejak negeri pesisir, dan berhubungan dagang dengan VOC di Melaka. Pada masa pemerintahan Panglima Paderap (Raja Deli III) terjadi perluasan wilayah di pesisir pantai hingga Serdang dan Denai.
Menurut laporan Jhon Anderson yang berkunjung ke Deli pada tahun 1823, Sultan Amaluddin Mangendar (Sultan Deli VI) adalah penguasa Deli pertama yang bergelar "Sultan" setelah Deli ditawan Kesultanan Siak pada tahun 1814. Menurut laporan Jhon Anderson lagi, Sultan Deli dibantu oleh 8 orang menteri dimana Sultan berkuasa dalam soal perang, mengawal pemerintahan seharian, mengadili hal jenayah, dan lain-lain.
Mereka itu ialah :
Di samping menteri–menteri, terdapat juga Syah Bandar (Hamad) yang menguruskan hubungan perdagangan dan biasanya dibantu seorang mata-mata (seorang wanita yang pandai bernama Encik Laut) yang bertugas memungut cukai. Kemudian ada lagi para pembesar diraja, penghulu, para panglima, dan mata-mata yang melaksanakan tugas sekiranya dikehendaki Sultan, serta pegawai istana yang mengirimkan surat ke berbagai kerajaan. Sekiranya Sultan mangkat, andaikata penggantinya masih muda, maka Tuan Haji Cut atau Kadi (ulama tertinggi) bertindak dan melaksanakan semua fungsi pemerintahan kerajaan. Di bidang agama Islam Tuan Haji Cut juga bertindak sebagai mufti kerajaan, kemudian di bawahnya ada bilal, imam, khalif, dan penghulu masjid. Merekalah yang menangani masalah yang berhubungan dengan keagamaan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.