kulit binatang yang digunakan sebagai tempat menulis From Wikipedia, the free encyclopedia
Kertas kulit (parchment) merupakan bahan yang diperbuat daripada kulit haiwan, terutamanya kulit anak lembu, kambing dan biri-biri. Kegunaan utamanya adalah sebagai bahan untuk ditulis atau dijadikan mukasurat buku mahupun manuskrip.
Kulit yang dilapah dari haiwan sembelihan direndam semalaman untuk menyingkirkan darah dan kotoran yang terkumpul.[1]
Ia kemudiannya dirawat dengan suatu mandian kapur untuk melonggarkan bulu agar mudah dikikis. Tempoh "pemandian" ini bergantung kepada konsentrasi kimia yang ada dalam sebatian rendaman tersebut, ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama agar ia tidak mudah terkoyak semasa diregangkan nanti.[1]
Setelah itu, ia dibasuhkan seketika dengan air dan dijemurkan dalam keadaan tegang. Sambil itu juga, ia akan diratakan serta dibuang segala bulu berlebihan dengan suatu pisau berbilah separa sabit. Peregangan kulit menyebabkan kolagen semulajadi bahan mengeras sambil gentian dalaman ia tersusun selari dengan permukaan. Bahan penguat tambahan turut dibubuh untuk mencantikkan kertas kulit seperti:[2]
Kertas kulit ini tidak disamak, maka ia amat mudah bertindak balas kepada perubahan dalam kelembapan relatif dan akan bertukar kembali kepada belulang jika lencun.
Ia boleh digunakan untuk menguatkan peti alat muzik bertali tertentu seperti rebab, erhu, shamisen, kora dan darbukah memantulkan bunyi petikan memberikan bunyi yang lebih padat.
Penganut agama Yahudi menggunakan bahan ini untuk dua benda penting dalam kepercayaan mereka: tefillin yang diikat pada tangan dan kepala semasa bersembahyang, dan mezuzah yang dipasangkan pada tiang pintu..
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.