From Wikipedia, the free encyclopedia
Keju Perancis adalah segala jenis keju yang dihasilkan baik secara moden ataupun tradisional di negara Perancis.
Hingga kini Perancis menghasilkan kira-kira 400 jenis keju (fromage dalam bahasa Perancis) yang berbeza.[1] Jumlah ini jauh lebih banyak berbanding ketika Charles de Gaulle memerintah di Perancis.[2] Ketika itu variasi keju di Perancis ada sebanyak 246 jenis.[2] Keju-keju tersebut ada yang dibuat daripada susu lembu, susu biri-biri, susu kambing atau gabungan daripada beberapa jenis susu.[1] Setiap daerah di Perancis memiliki keju khususnya masing-masing.[1] Daerah Normandy terkenal dengan Camembert and Pont l’Evêque.[1] Daerah lembah Loire dan Provence terkenal dengan keju susu kambing yang rasanya tajam seperti Alsace dan Munster.[1] Daerah Alpine memiliki keju seperti Reblochon dan Beaumont yang teksturnya keras dan rasanya lebih halus.[1] Sedangkan daerah Paris menghasilkan keju yang sangat berprestij di dunia iaitu Brie.[1]
Perlindungan Penamaan Asal atau Appellation d'Origine Contrôlée (AOC) merupakan bentuk perakuan kepada produk pertanian tertentu (minuman anggur, keju, mentega, dan lain-lain) daripada wilayah tertentu di Perancis.[3] Pensijilan ini diberikan oleh agensi kerajaan, iaitu Institut National des Appellations d'Origine (INAO).[3] Berdasarkan undang-undang Perancis, tidak dibenarkan untuk membeli ataupun menjual sesebuah produk dibawah petunjuk geografi yang ditetapkan AOC apabila tidak memenuhi kriteria daripada AOC.[3] Kesemua produk AOC boleh dikenali melalui meterai yang selalu ada pada label produk.[3] Pada keju, meterai AOC ini dilekatkan pada bahagian kulit keju. Nama daripada AOC tidak boleh digunakan pada label sesuatu produk yang tidak termasuk dalam kelayakan AOC.[3]
AOC memberikan jaminan bahawa produk-produk di bawah perlindungannya mempunyai kriteria sebagai berikut:[3]
Berikut adalah empat kategori utama pengeluaran keju yang dibenarkan di Perancis berdasarkan AOC:[4]
Kategori | Keterangan |
---|---|
Fermier | keju "petani" yang dibuat menggunakan kaedah tradisional dan susu yang tidak dipasteur. Semua susu harus berasal daripada binatang yang diternak di peternakannya sendiri. |
Artisanal | keju yang dibuat oleh kilang kecil di mana susu yang digunakan diperoleh daripada ladang sendiri dan boleh juga ditambah daripada petani-petani lain di kawasan setempat. |
Coopérative | keju yang dihasilkan daripada susu yang dikumpulkan oleh para petani yang tergabung dalam usaha tani kolektif. |
Industriel | keju yang dibuat di kilang dalam jumlah yang besar dengan susu yang didapatkan di daerah setempat atau liputan kawasan yang lebih luas, atau bahkan dari segenap penjuru Perancis. |
Asal AOC bermula pada abad ke-15 ketika keju Roquefort diatur oleh surat keputusan badan berparlimen.[3] Undang-undang moden pertama ditetapkan pada 6 Mei 1919 yang menetapkan daerah dan komuniti di mana sesuatu produk harus dihasilkan.[3] Undang-undang tersebut di kemudian hari telah mengalami banyak perubahan.[3] Pada 30 Julai 1935, Institut National des Appellations d'Origine (INAO), yang merupakan sebahagian daripada Jabatan Pertanian Perancis, ditubuhkan untuk menguruskan pentadbiran proses pengeluaran wain.[3] Pada 2 Julai 1990, liputan kerja INAO mula ditambah daripada hanya mengawal wain saja menjadi mengatur produk-produk pertanian lain termasuk keju.[3] Keju Roquefort merupakan keju pertama yang mendapatkan label AOC pada tahun 1925. Setelah itu, lebih daripada 40 keju telah mendapat pensijilan daripada AOC.[3]
Berikut adalah senarai keju Perancis yang telah mendapat perakuan daripada AOC beserta tahun diperolehnya dan jenis susu yang digunakan:[5]
|
|
|
|
|
|
Berikut ini adalah daftar keju Perancis lainnya yang tidak termasuk dalam klasifikasi AOC:[4]
|
Kecintaan bangsa Perancis terhadap keju terbukti daripada petikan-petikan berikut:
Bagaimana anda dapat memerintah sebuah negara yang memiliki dua ratus empat puluh enam jenis keju?
Charles de Gaulle (dari Les Mots du Général, Ernest Mignon (1962))
Suatu hidangan tanpa keju adalah seorang wanita cantik yang kehilangan satu matanya.
Brillat-Savarin (dari La Physiologie du Goût)
"Seseorang yang tidak memakan keju, selalu berada dalam kekacauan."
Pepatah Perancis
"Keju dan roti adalah ubat untuk kesihatan."
Pepatah Perancis
Makanan apapun tanpa keju laksana hari tanpa matahari
Pepatah Perancis
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.