From Wikipedia, the free encyclopedia
Ikan aya,[2] ikan tongkol[3] atau tongkol kerai, ikan kayu,[3] cakalang[2] atau nama saintifiknya Katsuwonus pelamis ialah ikan perciform sederhana dalam keluarga Scombridae serumpun degan tuna. Ia membesar sehingga 1 m (3 kaki). Ia adalah ikan pelagik kosmopolitan dijumpai di perairan tropika dan panas-sederhana. Ia adalah spesies yang sangat penting untuk perikanan.[4]
Ikan aya Tongkol kerai | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Skombride |
Genus: | Katsuwonus Kishinouye, 1915 |
Spesies: | K. pelamis |
Sinonim | |
|
Terdapat seberapa ikan yang diketahui dengan nama ini namun diamati secara saintifik dengan pengenalan berbeza-beza:
Ia ikan pelagik berenang pantas mengikut arus, biasa di perairan tropika di seluruh dunia, di mana ia mendiami air permukaan dalam kawanan besar (sehingga 50,000 ikan), memakan ikan, krustasea, sefalopod, dan moluska. Ia adalah spesies mangsa penting bagi ikan pelagik yang besar dan jerung.
Ia tidak mempunyai sisik kecuali atas garis sisi dan korselet (satu jalur sisik besar dan tebal membentuk bulatan di sekeliling badan di belakang kepala). Ia biasanya mencapai kepanjangan sehingga 80 cm (31 in)dan berat 8–10 kg (18–22 lb). Panjang maksimumnya adalah 108 cm (43 in) dan berat maksimum adalah 34.5 kg (76 lb). Penuaan tongkol ini adalah sukar, dan anggaran jangka hayat mengikut potensinya antara 8 dan 12 tahun.[4]
Ikan aya atau tongkol kerai mengawan secara berkumpulan. Pembiakan berlaku sepanjang tahun di perairan khatulistiwa, tetapi ia menjadi lebih bermusim jika berada lebih jauh dari khatulistiwa. Panjang ikan ketika pertama kali mengawan adalah lebih kurang 45 cm (18 in). Ia juga dikenali dengan bau yang kuat.[4]
Di Manado dan juga Maluku, ikan yang disebutkan sebagai cakalang ini diawetkan secara diasap salai menjadi cakalang fufu, hidangan khas di tempat-tempat ini.[5] Ikan ini secara amnya berperanan utama dalam ekonomi Indonesia di mana hasilnya dimanfaatkan oleh kalangan golongan menengah ke atas.[5]
Di Jepun, ikan ini yang diberi nama setempat katsuo (鰹/かつお ) sangat dikehendai dalam masakan masyarakat sana tidak sahaja secara mentah (dalam sushi dan sashimi) dipanggang (katsuo tataki (鰹のタタキ )) malah diawet kering menjadi katsuobushi yang menjad bumbu makanan serta bahan utama rebusan dashi.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.