From Wikipedia, the free encyclopedia
Kargo pukal cerai atau kargo am (bahasa Inggeris: break bulk ) ialah istilah yang merujuk kepada pelbagai variasi barangan yang mesti dimuatkan berasingan, tidak menggunakan kontena, dan tidak dimuatkan secara pukal seperti minyak dan bijian. Kapal yang digunakan untuk membawa kargo jenis ini dipanggil kapal kargo am.
Kargo ini dimuatkan samada di dalam beg, bekas, tong, dibandelakan, atau dimuatkan di atas palet. [1]
Pukal cerai ialah bentuk kargo yang biasa digunakan dalam sejarah dunia perkapalan sebelum pengkontenaan diperkenalkan pada tahun 1960-an. Pemindahan kargo dari atau ke dalam kapal menggunakan kontena adalah lebih pantas dan efisyen. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan masalah kecurian dan kerosakan seperti yang kerap berlaku kepada kargo pukal cerai. Ini menyebabkan penggunaan teknik pukal cerai semakin berkurangan.
Walaupun kargo seperti ini boleh dihantar terus dari trak atau keretapi ke dalam kapal, kaedah yang biasa digunakan ialah kargo akan disimpan di dalam gudang-gudang sebelum ketibaan kapal. Apabila kapal berlabuh, kargo akan dikeluarkan dari gudang dan dimuatkan ke dalam kapal menggunakan kren kapal ataupun kren dok. Proses sebaliknya berlaku untuk pemunggahan.
Pemuatan dan pemunggahan pukal cerai memerlukan tenaga buruh yang besar. Kargo akan dibawa ke dermaga dan akan dimuatkan satu persatu ke atas kapal. Sesetengah barang seperti guni boleh dimuatkan secara berkelompok menggunakan ambin atau jaring kargo, dan barangan lain seperti seperti kotak akan dimasukkan ke dalam bekas khas sebelum dimuatkan ke dalam kapal. Setiap kargo mesti diletakkan berasingan di atas kapal.
Sebelum proses pemuatan dimulakan, ruang palka di dalam kapal perlu dibersihkan dan dibaiki jika terdapat kerosakan. Alas mesti disediakan untuk kargo atau kargo diletakkan di dalam bandela, sedia untuk disusun oleh stevedor ketika pemuatan.
Terdapat pelbagai jenis kargo pukal cerai, antaranya ialah:
Pukal cerai semakin kurang digunakan bukan disebabkan oleh pengkontenaan sahaja, tetapi selepas kemunculan kapal tangki dan kapal kargo pukal yang tidak lagi menggunakan tong, guni,beg dan sebagainya. Ketiga-tiga sistem ini menggunakan kapal khas dan kemudahan pesisir untuk meningkatkan pengendalian dengan jumlah tenaga kerja yang lebih sedikit, tetapi dengan pelaburan yang besar. Sistem baru ini telah berjaya mengurangkan kos , tumpahan dan masa operasi, dan dalam kes pengkontenaan, mengurangkan kerosakan dan kecurian kargo.
Kelebihan pukal cerai ialah ia tidak memerlukan kemudahan pesisir kecuali dermaga untuk kapal berlabuh; oleh kerana itu kaedah penghantaran kargo sebegini masih lagi digunakan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.