Kampung Lubok Pulau

kampung di Daerah Tutong, Brunei From Wikipedia, the free encyclopedia

Kampung Lubok Pulaumap

Kampung Lubok Pulau ialah sebuah kampung di Daerah Tutong, Brunei. Ia merupakan salah sebuah kampung di bawah Mukim Tanjong Maya. Kampung ini mempunyai penduduk seramai 496 orang pada tahun 2016.[1] Ketua kampung semasa ialah Abdul Rahman bin Samad.[2]

Fakta Segera Negara, Daerah ...
Kampung Lubok Pulau
Thumb
Lokasi di Brunei
Koordinat: 4.7676°N 114.6633°E / 4.7676; 114.6633
NegaraBrunei
DaerahTutong
MukimTanjong Maya
Penduduk
 (2016)[1]
  Jumlah496
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
TD2541
Tutup

Kemudahan

Kampung Lubok Pulau mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Lubok Pulau. Sekolah ini juga berkongsi bangunan dengan Sekolah Ugama Lubok Pulau, iaitu sebuah sekolah agama yang menyediakan pendidikan rendah agama Islam yang mana ianya wajib kepada murid-murid yang beragama Islam di Brunei.[3] Pendidikan rendah biasa diadakan pada sesi pagi sementara pendidikan agama pada sesi petang.

Kampung ini juga mempunyai sebuah masjid: Masjid Kampong Lubok Pulau mula digunakan pada bulan Ogos 1995 dan dapat menampung kira-kira 800 jemaah.[4]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.