From Wikipedia, the free encyclopedia
Kacang pinus merupakan biji benih dikeluarkan dari buah kon pokok-pokok pinus atau tusam yang dapat dimakan sepertimana kekeras. Sebanyak 20 spesies pokok tusam dikenalpasti mampu menghasilkan biji "kacang" yang dapat dimakan kerana cukup besarnya.[1][2][3][4]
China dan Itali merupakan negara pengeluar kacang ini yang terutama di dunia.[5]
Spesies-spesies tusam yang dikenalpasti berbiji boleh dimakan adalah seperti berikut:
Pokok tusam-tusam Korea (P. koraiensis) dan chilgoza (P. gerardiana) merupakan jenis utama yang sering dituai untuk pasaran di Asia, tusam Swiss (P. cembra) dan tusam Mediterranean (P. pinea) utama dituai untuk pasaran dan kegunaan di Eropah. Spesies-spesies yang dituai untuk pasaran setempat di benua Amerika Utara secara tradisinya dari masyarakat peribumi sana adalah Pinus edulis, Pinus monophylla, dan Pinus cembroides.[6][7]
Biji-biji "kacang" ini boleh dikisar menjadi tepung untuk membuat marzipan, digoreng kering menjadi makanan ringan, malah dibakar dan dihaluskan untuk dijadikan bahan baku minuman pengganti kopi. Kacang pinus merupakan bahan asas membuat pesto yang lazim dalam masakan Itali. Di Timur Tengah pula kacang pinus digunakan pada masakan kibbeh, sambusak, baklava, dan sebagainya.
Biji ini juga dapat diekstrak untuk mendapatkan minyak khas yang dikehendaki kerana rasa yang unik.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.