Kabupaten Poso
kabupaten di provinsi Sulawesi Tengah, Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
kabupaten di provinsi Sulawesi Tengah, Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Kabupaten Poso ialah sebuah kabupaten di wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia. Ibu kota kabupaten sekaligus pusat pentadbiran terletak di Kota Poso. Daerah ini mempunyai luas sebesar 7112,25 km persegi dan mempunyai penduduk sebanyak 235.567 jiwa pada tahun 2016. Poso adalah daerah yang luas ke-3, ramai penduduk ke-11, dan mempunyai penduduk terbanyak ke-5 di Sulawesi Tengah. Kabupaten Poso terdiri dari 19 kecamatan dan 170 desa/kelurahan. Poso bersempadan dengan Parigi Moutong di bahagian barat laut, Sigi di bahagian barat, Sulawesi Selatan di bahagian barat daya dan selatan, Morowali Utara di bahagian tenggara dan timur, serta Tojo Una-Una di bahagian timur laut.[lower-alpha 1]
Kabupaten Poso | |
---|---|
Kawasan tahap II | |
Cogan kata: Sintuwu Maroso | |
Koordinat: 1.4°S 120.75°E | |
Negara | Indonesia |
Provinsi | Sulawesi Tengah |
Ibu kota | Poso Kota |
Jumlah satuan pemerintahan | Senarai
|
Pentadbiran | |
• Bupati | Darmin Sigilipu |
Keluasan | |
• Jumlah | 24,197 km² km2 ( Formatting error: invalid input when rounding batu persegi) |
Penduduk | |
• Jumlah | 132,032 orang (2,000) |
• Kepadatan | 5/km2 (10/batu persegi) |
Demografi | |
Zon waktu | UTC+08:00 (WITA) |
Pada akhir abad ke-19, Belanda mula mengembangkan pengaruhnya di Sulawesi Tengah. Orang Eropah pertama yang melawat wilayah Poso adalah J.C.W.D.A. van der Wijck yang tiba di Danau Poso pada bulan September 1865.[2] Pada tahun 1892, mubaligh sekaligus penyelidik Belanda A.C. Kruyt tiba di Poso untuk meneliti wilayah ini sekaligus menyebarkan agama Kristian. Pasukan Belanda memasuki Poso pada tarikh 1 Mac 1895. Pada tahun 1905, Poso berjaya ditundukkan secara sepenuhnya oleh pasukan Belanda yang dipimpin H.J. Voskuil.[lower-alpha 2]
Kabupaten Poso akhir-akhir ini sering diliput di dalam berita kerana merupakan tempat pertikaian antara umat Kristian dan umat Islam. Untungnya pada masa ini ada pula upaya perdamaian antara kedua belah pihak.
Berdasarkan garis lintang dan garis bujur, wilayah Kabupaten Poso terletak pada koordinat 1°06 '44,892 "-2°12' 53,172" LS dan 120°05 '96 "- 120°52' 4.8" BT. Berdasarkan letak astronomisnya, panjang wilayah Kabupaten Poso dari ujung barat hingga ujung timur dijangka jaraknya kurang lebih 86,2 km. Lebarnya dari utara ke selatan dengan jarak kurang lebih 130 km.[4]
Berdasarkan kedudukan geografi, Kabupaten Poso pada umumnya terletak di kawasan hutan dan lembah pergunungan. Dan kawasan lain terletak pada pesisir pantai yang sebahagian terletak di perairan Teluk Tomini.
Secara geologi, wilayah Kabupaten Poso terletak pada deretan pergunungan lipatan, yakni pergunungan Fennema I,[5] pergunungan Fennema II,[6] dan Tineba[7] di bahagian barat; pergunungan Takolekaju[8] di bahagian barat daya, pergunungan Verbeek[9] di bahagian tenggara, dan pergunungan Pompangeo[10] di bahagian timur laut. Wilayah Kabupaten Poso sebahagian besar merupakan kawasan pergunungan dan berbukit, dengan ketinggian wilayah pada umumnya berada diatas 500 meter dari permukaan laut.[4]
Keadaan iklim di Kabupaten Poso dikenali dengan iklim hujan tropika kerana pada bahagian utara wilayah ini dilalui oleh garis khatulistiwa. Berdasarkan pengamatan melalui Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Kasiguncu Poso pada tahun 2010, secara umum rata-rata suhu udara maksimum/minimum berada pada 31.76°C dan 20.29°C. Pada tahun 2015, secara umum rata-rata suhu udara maksimum/minimum berada pada 31.98°C dan 23.42°C. Jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, suhu udara rata-rata tidak banyak mengalami perubahan.[4]
Kelembaban udara selama tahun 2015 rata-rata berkisar antara 76-85 peratus. Sedangkan jika dibandingkan kelembaban udara tahun 2014 rata-rata berkisar antara 73-84 peratus. Rata-rata penyinaran matahari setiap bulan sejak lima tahun terakhir berkisar antara 37-80 peratus. Dan pada tahun 2015 penyinaran matahari terendah sekitar 37 peratus pada bulan Julai dan tertinggi pada bulan November yaitu sekitar 80 peratus.[4]
Data iklim untuk Poso, Sulawesi Tengah, Indonesia | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 30.6 (87.1) |
30.7 (87.3) |
30.9 (87.6) |
31.0 (87.8) |
31.1 (88.0) |
30.3 (86.5) |
29.7 (85.5) |
30.8 (87.4) |
31.2 (88.2) |
32.2 (90.0) |
31.8 (89.2) |
31.1 (88.0) |
31.0 (87.7) |
Purata suhu harian, °C (°F) | 26.8 (80.2) |
26.8 (80.2) |
27.0 (80.6) |
27.0 (80.6) |
27.4 (81.3) |
26.6 (79.9) |
25.9 (78.6) |
26.6 (79.9) |
26.7 (80.1) |
27.5 (81.5) |
27.5 (81.5) |
27.1 (80.8) |
26.9 (80.4) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 23.0 (73.4) |
23.0 (73.4) |
23.1 (73.6) |
23.1 (73.6) |
23.7 (74.7) |
23.0 (73.4) |
22.2 (72.0) |
22.5 (72.5) |
22.3 (72.1) |
22.9 (73.2) |
23.2 (73.8) |
23.2 (73.8) |
22.9 (73.3) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 162 (6.4) |
157 (6.2) |
247 (9.7) |
291 (11.5) |
253 (10.0) |
256 (10.1) |
219 (8.6) |
193 (7.6) |
201 (7.9) |
144 (5.7) |
197 (7.8) |
197 (7.8) |
2,517 (99.3) |
Purata kelembapan relatif (%) | 84.5 | 84.2 | 84.1 | 84.3 | 83.7 | 83.2 | 81.2 | 78.7 | 78.2 | 79.9 | 82.5 | 84.4 | 82.4 |
Sumber 1: Climate-Data.org (temperatur & presipitasi)[11] | |||||||||||||
Sumber 2: Weatherbase (kelembaban)[12] |
Kerpasan terendah berlaku pada bulan Oktober, dengan rata-rata 144 mm. Pada April, kerpasan mencapai kemuncaknya, dengan rata-rata 291 mm. Dengan suhu rata-rata 27.5 °C, Oktober adalah bulan yang paling hangat sepanjang tahun; dan dengan suhu rata-rata 25.9 °C, Julai adalah bulan paling sejuk sepanjang tahun. Di antara bulan terkering dan bulan paling basah, perbezaan dalam pemendakan ialah 147 mm. Variasi dalam suhu tahunan adalah kira-kira 1.6 °C.[11]
Bupati Kepala Daerah yang pernah memerintah di Kabupaten Poso:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.