From Wikipedia, the free encyclopedia
KD Lembing merupakan kapal perang tentera laut Malaysia jenis kapal peronda kelas "Kris" yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Malaysia. KD Lembing memenuhi keperluan pertahanan laut Malaysia dari kapal-kapal musuh.
KD Lembing merupakan kapal peronda yang ditauliahkan pada 1967 dan bertempat di Sandakan, Sabah. Ia kemudiannya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Laut Malaysia pada 27 Jun 2006.
Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KD Lembing adalah KD Kris, KD Sundang, KD Badek, KD Renchong, KD Tombak, KD 1967, KD Lembing, KD Serampang, KD Panah, KD Kerambit, KD Beladau, KD Kelewang, KD Rentaka, KD Sri Perlis, dan KD Sri Johor.
Kapal dalam kelas "Kris" memiliki seseran 96 tan piwaian, 109 tan muatan penuh. Ia sepanjang 31.4 meter dengan kelebaran 6 m dan ketinggian 1.7 m
Ia memiliki kemudahan 10 bunk di mes belakang, 6 bunk di mes hadapan, 4 bunk untuk senior rate, 1 untuk CO dan 2 untuk XO dan NO. Bilangan kemudahan yang sedia ada adalah 23 orang.
KD Lembing tidak dilengkapi dengan sebarang persenjataan torpedo.
KD Lembing tidak dilengkapi dengan sebarang persenjataan peluru berpandu.
KD Lembing dilengkapi dengan persenjataan 2 meriam 40/70 mm Bofors. Ia juga dilengkapi dengan Mesingan Kegunaan Umum (GPMG-General Purpose Machine Gun) belt-fed 7.62 mm.
KD Lembing tidak dilengkapi dengan sebarang pertahanan pelancar umpan, sebaliknya menggunakan kelajuaannya bagi mempertahankan diri.
KD Lembing dilengkapi dengan Radar DECCA TM 616, COLLINS 618T HF Transceiver dan RACAL PTR 171 UHF Transceiver.
Ia memiliki 2 enjin MTU MD655/18diesels 3,580 kuasa kuda dengan dua gandar yang mampu menghasilkan kelajuan 27 knots. Ia memiliki julat perkhidmatan sejauh 3,074 KM pada kelajuan 14 knot.
Tiada
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.