KD Kerambit merupakan kapal perang tentera laut Malaysia jenis kapal peronda kelas "Kris" yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Malaysia. KD Kerambit memenuhi keperluan pertahanan laut Malaysia dari kapal-kapal musuh.
KD Kerambit merupakan kapal peronda yang bertempat di Skuadron 31, Sandakan, Sabah. KD Kerambit (43) merupakan kapal peronda yang dibina oleh Vosper Ltd., di Portsmouth, England. Ia dibina pada 28 Julai 1967, dan dibeli pada 1965. Ia mampu membawa 22 orang anak kapal.
Ia kemudiannya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Laut Malaysia pada 27 Jun 2006.
Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KD Kerambit adalah KD Kris, KD Sundang, KD Badek, KD Renchong, KD Tombak, KD 1967, KD Lembing, KD Serampang, KD Panah, KD Kerambit, KD Beladau, KD Kelewang, KD Rentaka, KD Sri Perlis, dan KD Sri Johor.
Kapal dalam kelas "Kris" memiliki seseran 96 tan piwaian, 109 tan muatan penuh. Ia sepanjang 31.4 meter dengan kelebaran 6 m dan ketinggian 1.7 m
Ia memiliki kemudahan 10 bunk di mes belakang, 6 bunk di mes hadapan, 4 bunk untuk senior rate, 1 untuk CO dan 2 untuk XO dan NO. Bilangan kemudahan yang sedia ada adalah 23 orang.
KD Kerambit tidak dilengkapi dengan sebarang persenjataan torpedo.
KD Kerambit tidak dilengkapi dengan sebarang persenjataan peluru berpandu.
KD Kerambit dilengkapi dengan 2 meriam Bofors 40 mm dan dua mesingan 70.62 mm.
KD Kerambit tidak dilengkapi dengan sebarang pertahanan pelancar umpan, sebaliknya menggunakan kelajuaannya bagi mempertahankan diri.
KD Kerambit dilengkapi dengan Radar DECCA TM 616, COLLINS 618T HF Transceiver dan RACAL PTR 171 UHF Transceiver.
Ia memiliki 2 enjin MTU MD655/18 diesel 3,580 kuasa kuda dengan dua gandar yang mampu menghasilkan kelajuan 27 knots. Ia memiliki julat perkhidmatan sejauh 3,074 KM pada kelajuan 14 knot.
Tiada
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.