Julai 2007 ialah bulan ketujuh untuk tahun 2007. Ia bermula pada hari Ahad dan berakhir selepas 31 hari pada hari Selasa.
Portal:Hal semasa
Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 31 Julai - Majlis Keselamatan PBB bersetuju menghantar pasukan pengaman UNAMID ke Darfur bagi menyelesaikan konflik Darfur.
- 31 Julai - Beberapa orang rakyat Korea Selatan yang diculik telah dibunuh oleh Taliban kerana Hamid Karzai berdolak-dalih.
- 29 Julai - Iraq membuat kejutan dengan menjuarai kejohanan Piala Asia 2007.
- 25 Julai - Pratibha Patil menjadi wanita pertama dilantik menjadi Presiden India.
- 22 Julai - Menara Burj Dubai (gambar) menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan 512.1 meter, mengatasi Taipei 101.
- 17 Julai - Helikopter Nuri yang hilang telah ditemui terhempas di Genting Sempah, Pahang, Malaysia.
- 16 Julai - IAEA mengesahkan bahawa Korea Utara telah menutup reaktor nuklear utamanya (gambar) di Yongbyon.
- 16 Julai - Satu gempa bumi berukuran 6.8 melanda Jepun dan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif.
- 4 Julai - Alan Johnston, wartawan BBC yang diculik pada Mac lalu, dibebaskan.
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.