Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
James Michael Baum (lahir 29 Mei 1979) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan penerbit rakaman Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan hasil karyanya dalam genre R&B dan kontemporari urban, dengan lagu-lagu terkenalnya seperti "Letter in a Song", "Skirts" dan "Dirinya Sebenar".[2][3]
James Baum | |
---|---|
Nama lahir | James Michael Baum |
Kelahiran | Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia | 29 Mei 1979
Genre | |
Pekerjaan | Penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit rakaman |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1999–kini |
Syarikat rakaman | Red Room Studios |
Pengkarya berkait | Poetic Ammo, Senoritas, Syamsul Yusof, Dayang Nurfaizah, KING STUNNA |
James Baum memulakan kerjaya dalam bidang muzik pada usia belasan tahun.[4] Beliau meninggalkan kampung halamannya di Georgetown, Pulau Pinang untuk mengejar impiannya dalam bidang muzik. Sebagai seorang pemuzik yang diajar sendiri, beliau mula memetik gitar pada usia 14 tahun. Asalnya bermula dengan hip hop, James berpeluang menjadi sebahagian daripada Ammo Alliance yang diasaskan oleh Poetic Ammo, malah beliau juga menyumbangkan suaranya dalam tiga lagu Poetic Ammo - "All About The Hook Up", "We Hit Em Up Too" dan "Intellectual Poetry" yang dimuatkan dalam album kedua kumpulan itu, The World Is Yours.[4]
Gaya muziknya yang merangkumi R&B dan kontemporari urban mendorong beliau bekerjasama dengan ramai penyanyi termasuk Poetic Ammo, Dayang Nurfaizah, Hannah Tan dan Syamsul Yusof.[1][2] Pada tahun 2004, beliau melancarkan single solo pertamanya, "Skirts" dengan menampilkan duet bersama Damian Mikhail.[4][5] EP sulungnya, Backstage dikeluarkan pada 2007 oleh R Records milik Reshmonu dengan "Letter in a Song" dikeluarkan sebagai single utamanya.
James juga paling dikenali menerusi rentetan kerjasamanya bersama Skop Productions milik Yusof Haslam apabila beliau menyumbangkan muzik tema untuk filem Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan Aku Bukan Tomboy serta drama Gerak Khas, Si Capik dan Metro Skuad.[2] Beliau menubuhkan Red Room Studios yang bertumpu kepada penerbitan muzik. Pada November 2011, beliau melancarkan album sulungnya, My Lead yang mengandungi 17 lagu, dengan "Locked in Love" dan "Dirinya Sebenar" dikeluarkan sebagai single.[1][2][6]
James Baum dilahirkan di Pulau Pinang[7] dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik, beliau mempunyai dua adik perempuan dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya.[4] Bapanya, George Baum ialah seorang penyanyi muzik country ketika Angkasapuri yang merupakan ibu pejabat Radio Televisyen Malaysia (RTM), pada masa itu ialah penyiar tunggal negara.[8] James berdarah kacukan Burma, Scotland, Jerman, Cina, India dan Ireland.[4]
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Backstage |
|
Tajuk | Butiran album |
---|---|
My Lead |
|
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Skirts" | 2004 |
"Letter in a Song" | 2007 |
"Locked in Love" | 2011 |
"Dirinya Sebenar" | |
"All You Got" (feat. Tacmatic) | 2013 |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2010 | Voice Independent Music Awards 2010 | Smoothest R&B Act | Dirinya sendiri | Menang |
Anugerah Industri Muzik ke-18 | Artis Baru Terbaik | Tercalon | ||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.