Isopoda
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Isopoda ialah order krustasea termasuk haiwan seperti kutu kayu; terdapat lebih daripada 10,000 spesies isopoda yang telah dikenalpasti[2] dan dikelaskan dalam sebelas suborder.[3][1] Kira-kira 4,500 spesies isopoda ditemui di dalam persekitaran marin, kebanyakannya di dasar laut.[4] Kira-kira 500 spesies dijumpai di dalam air tawar; dan 5,000 spesies lain ialah kutu kayu dalam suborder Oniscidea, yang setakat ini merupakan kumpulan krustasea darat yang paling berjaya.[4] Di dalam laut dalam, ahli dalam suborder Asellota lebih banyak, hingga pengecualian hampir semua isopoda lain, telah mengalami penyebaran menyesuai besar di dalam persekitaran tersebut.[4]
Nama order Isopoda dijejak daripada kata-kata dasar bahasa Yunani ἴσος iso- bermaksud "sama" dan ποδός podos bermaksud "kaki";[2] kerana kaki-kaki seekor isopoda sama ukuran panjangnya.[5] Badan seekor isopoda terdiri daripada kepala, thoraks tujuh bahagian, dan abdomen enam bahagian; sesetengah spesies mempunyai badan yang tercantum bahagian-bahagiannya.[6]
Rekod fosil isopoda terdapat pada Zaman Karbon (di epok Pennsylvania), kira-kira 300 juta tahun dahulu.[4][7]


Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
