From Wikipedia, the free encyclopedia
YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr. Ismail Haji Bakar adalah Ketua Setiausaha Negara yang telah dilantik pada 28 Ogos 2018[1] lalu bagi menggantikan penyandang terdahulu, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Sebelum itu, beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia[2] untuk tempoh yang singkat, menggantikan tempat Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah yang telah tamat kontrak perkhidmatannya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 18 November 2014 lalu.[3]
YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr. Ismail Haji Bakar PMN; SSAP (Pah); DPSM (Mel); SMW (WP); PhD | |
---|---|
Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan | |
Menyandang jawatan 1 Februari 2024 | |
Raja | Sultan Ibrahim |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan | Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham |
Didahului oleh | Tan Sri Sidek Hassan |
Ketua Setiausaha Negara ke-14 | |
Dalam jawatan 28 Ogos 2018 – 31 Disember 2019 | |
Raja | Sultan Muhammad V Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Ali Hamsa |
Digantikan oleh | Mohd Zuki Ali |
Ketua Setiausaha Perbendaharaan | |
Dalam jawatan 12 Jun 2018 – 11 September 2018 | |
Didahului oleh | Irwan Serigar Abdullah |
Digantikan oleh | Ahmad Badri Mohd Zahir |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Batu Pahat, Johor | 19 Januari 1960
Pasangan | Puan Sri Jamaliah Othman |
Pendidikan | PhD Federalisme Fiskal |
Tempat belajar | University of Hull Universiti Malaya |
Anugerah awam | Senarai |
Beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Ekonomi dengan Kepujian dari Universiti Malaya pada tahun 1983. Kemudian, beliau telah menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti off Hull, United Kingdom dan memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1995. Akhirnya, beliau telah menyambung ke peringkat Doktor Falsafah di universiti yang sama dan memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam Federalisme Fiskal pada tahun 2004.
Sehingga 2018, beliau telah berpengalaman selama 32 tahun dalam sektor perkhidmatan awam. Beliau telah menyertai sektor perkhidmatan awam dalam bidang Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986. Pernah dilantik sebagai Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara di bawah Kementerian Kewangan Malaysia dan Penasihat Kanan, Ibu Pejabat Bank Dunia dari 2008-201. Selain daripada itu, beliau juga adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia dari 2014-2015.[4]
Beliau telah mempertimbangkan untuk mengkaji usul Kenaikan Gaji Tahunan pada 2018 oleh CEUPACS berdasarkan kedudukan ekonomi negara dan menyatakan akan mengambil masa satu hingga dua tahun sebelum sebarang keputusan boleh diambil.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.