Ibu negara Indonesia

ibu negara kebangsaan di Asia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads
Remove ads

Menurut perlembagaan Indonesia, ibu negara Indonesia ialah Jakarta mengikut Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 10 Tahun 1964.[1] Jakarta telah menjadi ibu negara Indonesia sejak zaman Hindia Belanda apabila Jakarta dikenali sebagai Batavia. Pada abad ke-20, terdapat rancangan untuk memindahkan ibu negara dari Batavia ke Bandung, tetapi gagal dilaksanakan akibat Zaman Kemelesetan dan Perang Dunia Kedua.[2]

Pada April 2019, Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo menyatakan hasrat untuk memindahkan ibu negara Indonesia ke luar pulau Jawa,[3] di mana rancangan ini tertera dalam Rencana Pembangunan Jangka Menengah Nasional 2020-2024.[4] Pada 26 Ogos 2019, Joko Widodo bercadang untuk memindahkan ibu negara Indonesia ke kawasan Kalimantan di pulau Borneo.[5] Sebuah bandar terancang akan dibina di kawasan kabupaten Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara di Kalimantan Timur.[6]

Remove ads

Garis masa

Maklumat lanjut Tarikh, Huraian ...
Remove ads

Usul perpindahan ibu negara

Usul perpindahan ibu negara Indonesia telah lama dikemukakan sejak zaman pemerintahan Soekarno hingga zaman pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono. Presiden Yudhyono telah mendukung rancangan untuk membina sebuah kota politik dan pentadbiran baharu Indonesia kerana masalah alam sekitar dan populasi berlebihan kota Jakarta.[7][8]

Terdapat dua cadangan utama dalam usul ini, iaitu:[9]

  • Perpindahan ibu negara secara keseluruhan seperti Brazil yang memindahkan ibu negaranya dari Rio de Janeiro ke Brasília pada 1960.
  • Pengekalan status Jakarta sebagai ibu negara, tetapi pusat pentadbiran dipindahkan seperti perpindahan pusat pentadbiran Malaysia ke Putrajaya.
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads