IOI City Mall
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
IOI City Mall merupakan sebuah pusat membeli belah yang terletak di Daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Dibuka pada November 2014 oleh IOI Properties Group Berhad, IOI City Mall menyasarkan lebih 1.8 juta penduduk golongan pertengahan kelas atasan di koridor selatan Lembah Klang seperti Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Seri Kembangan, Serdang, Puchong, Bukit Jalil dan Subang Jaya.[1]
IOI City Mall | |
---|---|
Nama alternatif | IOI Putrajaya, ICM |
Maklumat umum | |
Status | Siap |
Jenis | Pusat beli-belah |
Gaya seni bina | Kontemporari, Moden |
Lokasi | IOI Resort City, Lebuh IRC |
Bandar/pekan | Sepang, Selangor |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 2°58′12″N 101°42′54″E |
Penyewa terkini |
|
Dibuka pada | November 2014 |
Diubah suai pada | 2022 |
Pembiayaan | RM 1.5 bilion |
Pembiayaan pengubahsuaian | RM 250 juta |
Pemilik | IOI Properties |
Maklumat matra | |
Saiz | 8,840,000 ka2 (821,000 m2) |
Butiran teknikal | |
Keluasan tingkat | 2,500,000 ka2 (230,000 m2) |
Reka bentuk dan seni bina | |
Anugerah/hadiah | FIABCI-Malaysia Property Award 2016 |
Dikenali kerana | Pemenang bagi Kategori Peruncitan |
Maklumat lain | |
Bilangan kedai | 650+ |
Bilangan penambat | 13 |
Letak kenderaan | 16,600 |
Tapak web | |
www | |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada 25 Ogos 2022, IOI City Mall telah membuka Fasa 2 di sebelah timur yang menambah keluasan 1,000,000 ka2 (93,000 m2) dan 300 kedai baru, sekaligus menjadikan IOI City Mall sebagai pusat membeli belah terbesar di Malaysia mengatasi 1 Utama, serta terbesar di Asia Tenggara dan kedua terbesar di dunia.[2]
IOI City Mall mempunyai kira-kira 2,500,000 ka2 (230,000 m2) keluasan runcit dengan lebih daripada 650 kedai yang menyasarkan penduduk di selatan Lembah Klang.
Fasa 1 IOI City Mall dibuka pada November 2014 dengan keluasan 1,500,000 ka2 (140,000 m2) dan 350 lot kedai seperti gedung Parkson, pasar raya Lotus's (sebelumnya dikenali sebagai Tesco), jenama fesyen terkemuka seperti Adidas, Cotton:On, H&M, Victoria's Secret dan Charles & Keith, variasi kedai makanan dan minuman dari makanan segera seperti KFC, Marrybrown, dan McDonald's hingga ke restoran dan kafe dikenali ramai seperti The Coffee Bean & Tea Leaf, Kyochon, K Fry dan banyak lagi, serta kedai kelengkapan rumah seperti HomePro dan Harvey Norman. Fasa 1 IOI City Mall turut menyediakan taman rekreasi lasak bertema pasca apokaliptik District 21, gelanggang luncur ais Icescape, taman haiwan & pameran edutainment IOI City Farm dengan konsep "planet kehidupan dalaman" dan pawagam Golden Screen Cinemas dengan dewan GSC Maxx dan 4DX.
Fasa 2 IOI City Mall dibuka pada Ogos 2022 menambah keluasan 1,000,000 ka2 (93,000 m2) dan 300 kedai baru termasuk gedung AEON (Pasar Raya dibuka 12 Januari 2023), jenama peruncitan dari Jepun seperti Nitori, Best Denki dan Jonetz by Don Don Donki, jenama fesyen mewah seperti Coach New York dan Tory Burch, restoran dan kafe terbaharu seperti Kenny Hills Bakers, Din by Din Tai Fung, Taco Bell, Jollibee dan banyak lagi, pusat gimnasium Believe Fitness, dewan sukan badminton dan futsal IOI Sports Centre, dewan pameran IOI Grand, pameran premium Proton, dan cawangan pawagam Golden Screen Cinemas dengan dewan IMAX, GSC BIG, Play+ dan ONYX.
IOI City Mall terletak di sebelah Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dengan lebih daripada 16,000 tapak letak kenderaan disediakan. IOI City Mall terletak di daerah Sepang negeri Selangor yang berhampiran dengan Putrajaya (9km) meskipun dijenamakan pusat membeli belah tersebut terletak di Putrajaya atas tujuan komersial. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ia boleh diakses dalam 30 minit (35km).
Stesen keretapi yang berhampiran dengan IOI City Mall ialah KB05 stesen keretapi KTM Serdang dan PY34 stesen MRT UPM. Walau bagaimanapun, tiada perkhidmatan bas perantara dari stesen MRT ke pusat membeli belah tersebut disediakan buat masa ini, termasuk laluan bas ulang-alik khas yang telah dihentikan operasi sejak pandemik pada tahun 2020 (termasuk laluan bas ulang-alik dari stesen KB06 KG35 KTM/MRT Kajang). Pengunjung boleh menaiki bas henti-henti laluan T 523 oleh KR Travel & Tours dari Putrajaya Sentral, KB05 KTM Serdang dan Hab Lebuh Pudu Kuala Lumpur dengan kekerapan 1 jam sekali, serta bas percuma laluan SPG 04 oleh Smart Selangor Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dari Hab Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi dan Hospital Serdang untuk ke pusat membeli belah IOI City Mall.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.