From Wikipedia, the free encyclopedia
Hudhud kayu (Phoeniculidae) ialah keluarga burung dari Afrika dalam order Bucerotiformes yang juga termasuk syamsir. Ahli-ahlinya tinggal di selatan Gurun Sahara dan tidak berhijrah. Walaupun keluarga tersebut kini terhad di Afrika Sub-Sahara, bukti fosil menunjukkan bahawa ia pernah bertaburan dengan lebih luas. Fosil yang dikaitkan dengan keluarga tersebut telah ditemui dalam batuan Miosen di Jerman.[1]
Hudhud kayu | |
---|---|
Phoeniculus purpureus | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Bucerotiformes |
Keluarga: | Phoeniculidae Bonaparte, 1831 |
Genus | |
Hudhud kayu berkaitan dengan pekaka, tiung guling, dan hudhud, membentuk klad dengan hudhud menurut Hackett et al. (2008).[2] Hubungan rapat antara hudhud dan hudhud kayu juga disokong oleh sifat yang dikongsi dan unik bagi stapnya.[3] Hudhud kayu paling menyerupai hudhud sungguh dengan paruh melengkung ke bawah yang panjang dan sayap bulat pendek. Menurut kajian genetik, kedua-dua genus, Phoeniculus dan Rhinopomastus, nampaknya telah mencapah kira-kira sepuluh juta tahun yang lalu, jadi sesetengah ahli sistematik menganggapnyaa sebagai subkeluarga yang berasingan ataupun keluarga yang berasingan.[4]
Ia merupakan kumpulan morfologi yang tersendiri, tidak mungkin disalahanggap sebagai kumpulan yang lain.[5] Spesiesnya bersaiz sederhana, dengan panjang 23–46 cm (9.1–18.1 in), kebanyakan panjangnya dari ekornya.[4] Ia mempunyai buluan warna logam, selalunya biru, hijau, atau ungu, dan tidak mempunyai jambul.[6] Jantinanya serupa dalam semua spesies kecuali dua, hudhud kayu hutan dan syamsir biasa.[7] Paruhnya samada merah atau hitam, namun spesies paruh merah muda juga mempunyai paruh hitam dan warna paruhnya dikaitkan dengan umurnya. Kakinya merah tua atau hitam, pendek, dengan tarsus tebal. Ia memanjat batang pokok seperti belatuk, dan apabila memakan di atas tanah, ia melompat berbanding berjalan seperti hudhud sungguh.[5] Ekornya panjang dan bersenggat (bulu tengah adalah yang paling panjang), dan ditandakan jelas dengan warna putih, begitu juga sayapnya.[4][7]
Ia mendiami hutan terbuka, savana, atau semak duri, dan kebanyakannya bersifat arboreal. Ia memerlukan pokok-pokok besar untuk memakan dan juga mendapatkan rongga untuk bersarang dan bertelur pada waktu malam. Dua spesies ditemui secara eksklusif di hutan hujan, hudhud kayu hutan dan hudhud kayu kepala putih. Semua spesies lain ditemui di kawasan hutan dan belukar yang lebih terbuka.[5]
Ia memakan artropod, terutamanya serangga, yang didapati melalui penguaran dengan paruhnya di kayu reput dan di celah-celah kulit pokok.[7] Ia bersarang dalam lubang pokok, bertelur dua hingga empat biji telur, yang berwarna biru, kelabu, atau zaitun, dan tidak bertanda dalam kebanyakan spesies.[4]
Ia memburu mangsa utamanya di tanah kerana ia menggunakan paruhnya yang seperti lidah untuk menangkap serangga di tanah atau rumput. Lidahnya merangkumi 2/3 panjang paruhnya.[8]
Terdapat dua genus dan lapan spesies dalam Phoeniculidae:
Gambar | Genus | Spesies Hidup |
---|---|---|
Phoeniculus Jarocki, 1821 |
| |
Rhinopomastus Jardine, 1828 |
| |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.