Houssem Aouar

From Wikipedia, the free encyclopedia

Houssem Aouar

Houssem Aouar (lahir 30 Jun 1998) merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang beraksi di posisi pemain tengah untuk Roma dan pasukan kebangsaan Algeria.[1]

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...
Houssem Aouar
Thumb
Aouar bersama Lyon pada 2017
Maklumat peribadi
Nama penuh Houssem Aouar
Tarikh lahir (1998-06-30) 30 Jun 1998 (umur 26)
Tempat lahir Lyon, Perancis
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Nombor 22
Kerjaya remaja
2006–2009 AC Villeurbanne
2009–2017 Lyon
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2017 Lyon B 22 (4)
2016–2023 Lyon 179 (30)
2023– Roma 3 (1)
Pasukan kebangsaan
2014 Perancis B17 1 (0)
2017–2021 Perancis B21 17 (4)
2020 Perancis 1 (0)
2023– Algeria 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 September 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 Jun 2023
Tutup

Kerjaya kelab

Aouar telah menyertai akademi Olympique Lyonnais pada tahun 2009 semasa berusia sebelas tahun.

Pada Julai 2016, beliau telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Lyon. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 16 Fberuari 2017 ketika pasukannya meraih kemenangan 4-1 ke atas AZ Alkmaar dalam pusingan ke-32 peringkat kalah mati Liga Europa selepas menggantikan Sergi Darder pada minit ke-84.[2] Aouar menjaringkan gol pertamanya untuk Lyon pada seminggu kemudian dalam perlawanan timbal balik menentang AZ Alkmaar di Parc Olympique Lyonnais yang berakhir dengan kemenangan 7–1 berpihak kepada Lyon.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Ligue 1 sebagai barisan kesebelasan utama pasukan ketika menentang Bastia pada 16 April 2017 tetapi perlawanan dihentikan pada separuh masa dengan kedudukan seri tanpa jaringan. Kemenangan dianugerahkan kepada Lyon pada tiga minggu kemudian.[4] Beliau telah dicalonkan ke dalam anugerah Golden Boy pada Julai 2018.[5]

Pada permulaan musim 2017–18, walaupun hanya beraksi dalam lima perlawanan kompetitif bersama Lyon semenjak beliau menyertai skuad utama, Aouar telah diberi jersi nombor simbolik 8 (yang pernah dipakai oleh legenda kelab Juninho) selepas Corentin Tolisso meninggalkan Lyon untuk berpindah ke Bayern Munich pada Jun 2017.

Pada 11 Disember 2019, Aouar menjaringkan gol ketika perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig[6] sekali gus membantu Lyon meneruskan kemaraan ke pusingan ke-16 kejohanan.

Kehidupan peribadi

Aouar berasal daripada keturunan Algeria.[7] Beliau menjadikan Juninho dan Zinedine Zidane yang juga berasal daripada keturunan Algeria sebagai model peranannya.[8]

Statistik kerjaya

Sehingga 8 Mac 2020.
Maklumat lanjut Kelab, Musim ...
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Perancis Lyon 2016–17 3000002[b]10051
2017–18 32640008[b]1447
2018–19 37720107[c]0477
2019–20 25343325[c]1379
Jumlah kerjaya 97161034222313324
Tutup
  1. Termasuk Coupe de France dan DFB-Pokal.
  2. Penampilan di Liga Europa
  3. Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.