Houdan (ayam)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Houdan atau Poule de Houdan adalah satu baka ayam domestik lama yang berasal daripada Perancis. Ia tergolong dalam kumpulan ayam berjambul. Ia mendapat nama dari tempat asalnya di ommune Houdan, yang terletak dalam département Yvelines barat Paris. Houdan mempunyai balung ganjil yang berbentuk rama-rama, dan salah satu baka yang mempunyai lima jari berbanding empat pada baka ayam lain.
Perincian pada kepala seekor ayam jantan, menunjukan ciri balung rama-rama | |
Nama lain | Perancis: Poule de Houdan |
---|---|
Negara asal | Perancis |
Standard | Standard-sized (in French) Bantam (in French) |
Kegunaan | telur, daging, hiasan |
Ciri-ciri | |
Berat | Jantan: Standard: 2.5–3 kg Bantam: 900 g |
Betina: Standard: 2–2.5 kg Bantam: 800 g | |
Warna telur | putih |
Jenis balung | berbentuk rama-rama atau daun oak |
Klasifikasi | |
APA | kontinental[1] |
ABA | balung jenis lain kaki licin[1] |
EE | ya[2] |
PCGB | bulu lembut jarang: berat[3] |
Nota | |
berjari lima | |
Ayam Gallus gallus domesticus |

Sejarah
Asal usul baka Houdan tidak diketahui; disebabkan ia ditemui pada penulisan pertanian moden. Baka ini telah dinyatakan secara terperinci pada tahun 1858.[4] Houdan menggabungkan sejumlah ciri-ciri yang menonjol, yang mana pada kurun ke-19 menimbulkan spekulasi akan baka-baka yang menyumbangkan pada ciri-ciri ini.[5] Kacukan silang dengan Crèvecœur atau kemungkinan ayam Poland disyaki menyumbang jambul kepala pada Houdan, dan sama ada Dorking atau satu baka asal berjari lima daripada Perancis menyumbang ciri lima jari.
Ia mula diimport ke England pada tahun 1850,[6] dan Amerika Utara pada tahun 1865, di mana ia muncul dalam edisi pertama Standard Kesempurnaan Amerika pada tahun 1874.[7]:121
Ciri-ciri
Houdan mempunyai cuping telinga dan pial yang kecil, satu jambul yang terarah ke belakang, dan bulu pada muka dan terdiri dari satu jambang dan muff berdekatan dengan telinganya. Bagi ayam betina, balung dan pialnya kadang kala terlindung sepenuhnya oleh bulu. Balung Houdan adalah berbentuk V pada standard Amerika, dan bentuk rama-rama pada standard Britain, Australia dan Perancis.
Variati warna paling biasa adalah mottled (atau berlorek), satu corak hitam dengan titik putih. Dahulunya, terdapat variasi corak berlorek yang lebih ringan; pada tahun 1800an, ia mungkin menyerupai campuran splash putih dan hitam dan kini dikenali sebagai Exchequer.[5] Empat variati warna lain yang diiktiraf oleh Standard Unggas di Eropah, Entente Européenne d'Aviculture et de Cuniculture: hitam, cuckoo, kelabu mutiara dan putih.[2]
Houdan merupakan baka ayam yang ringan: ayam jantan seberat 2.5–3 kg manakala ayam betina 2–2.5 kg.[8] Satu versi bantam Houdan telah dihasilkan di Britain pada tahun 1940an, dan kemudian mengalami pembangunan lanjut di Jerman.[perlu rujukan]
Kegunaan
Asalnya, ia dibiakkan sebagai baka dual-guna untuk menghasilkan telur dan daging; hampir sebahagian tahun 1800an adalah baka daging utama di Perancis. Houdan kini dibela sebagai ayam hiasan. Bagaimanapun, dengan kadar pertumbuhan dan matang dan agak cepat, dan keupayaan menghasilkan telur berwarna putih dalam jumlah yang agak banyak, ia kadang kala dibela di belakang rumah.
Rujukan
Bacaan lanjut
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.