From Wikipedia, the free encyclopedia
Hipoterapi merupakan sejenis terapi fizikal, pekerjaan ataupun pertuturan yang mana ahli terapi menggunakan pergerakan kuda untuk membekalkan input motor dan deria secara bertingkat-tingkat, dengan pelbagai kegiatan seharian untuk mewujudkan suatu asas untuk meningkatkan fungsi neurologi dan pemprosesan deria. Tidak seperti terapi tunggang kuda (yang mengajarkan kemahiran menunggang tertentu), pergerakan kuda ini adalah jalan ke arah matlamat rawatan apabila hipoterapi digunakan sebagai strategi rawatan.
"Hipoterapi" yang dinamai sempena perkataan Yunani hippos (kuda) bermaksud rawatan atau terapi bantuan kuda. Konsep hipoterapi disebut seawal-awal catatan Hippocrates dalam bahasa Yunani kuno. Bagaimanapun, hipoterapi sebagai disiplin yang formal hanya dicipta sekitar 1960-an apabila ia mula digunakan di Jerman, Austria dan Switzerland sebagai tambahan kepada terapi fizikal tradisional.[1] Di Jerman, hipoterapi merupakan rawatan oleh seorang ahli fisioterapi, seekor kuda yang terlatih khusus, dan seorang pengendali kuda. Digunakannya teori-teori amalan fisioterapi, yang mana ahli terapi memberikan arahan kepada pengendali kuda berkenaan lenggok jalan, tempo, nada suara dan arah untuk dijalankan oleh si kuda. Pergerakan si kuda diubah dengan teliti untuk mempengaruhi perubahan saraf-otot di dalam pesakit.
Hipoterapi telah digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami kekurangan upaya neurologi atau sebagainya, seperti autisme, palsi serebrum, artritis, sklerosis berbilang, kecederaan kepala, strok, kecederaan saraf tunjang, kecelaruan tingkah laku dan kecelaruan jiwa. Keberkesanan hipoterapi untuk kebanyakan masalah tersebut adalah tidak jelas, maka adalah disaran supaya penyelidikan dilanjutkan. Kurangnya terdapat bukti sains berkenaan keberkesanan hipoterapi dalam rawatan autisme.[2] Institut Keberkesanan Klinikal dan Dasar Kesihatan Argentina telah menyimpulkan dalam kajian terhadap bukti keberkesanan hipoterapi bahawa terdapat masalah-masalah yang ketara dari segi mengkaji reka bentuk atau perkaedahan. "Kemanjuran terapi ini nampaknya tidak terbukti secukupnya untuk sebarang kegunaan yang dinyatakan. Peranan rekreasi dan impaknya kepada mutu hidup pesakitnya belum dikupas selengkapnya."[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.