spesies moluska From Wikipedia, the free encyclopedia
Hexaplex trunculus (bahasa Inggerisnya banded dye-murex) ialah spesies siput laut berukuran sedang yang merupakan moluska gastropod lautan dalam keluarga Muricidae, iaitu siput nunam atau siput batu.
Hexaplex trunculus Julat zaman: | |
---|---|
Hexaplex trunculus | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Mollusca |
Kelas: | Gastropoda |
Subkelas: | Caenogastropoda |
Order: | Neogastropoda |
Keluarga: | Muricidae |
Genus: | Hexaplex |
Subgenus: | Trunculariopsis |
Spesies: | H. trunculus |
Nama binomial | |
Hexaplex trunculus (Linnaeus, 1758) | |
Sinonim | |
Murex armigerus Settepassi, 1970 (tidak tersedia, diterbitkan dalam karya yang tidak memakai tatanama binomial tekal (ICZN art. 11.4))
|
Spesies siput laut ini bernilai penting dalam sejarah kerana kelenjar hipobrankianya mengeluarkan mukus yang digunakan sebagai zat pewarna biru atau nila pada zaman dahulukala oleh orang Fenisia atau Kanaan. Salah satu bahan kimia utama dalam zat pewarna yang dihasilkan adalah dibromo-indigotin, dan jika dibiarkan di bawah sinar matahari beberapa minit sebelum menjadi keras, maka warnanya akan menjadi biru nila seperti warna biru seluar jean.[perlu rujukan]
Spesies ini hidup di Laut Tengah dan pantai Lautan Atlantik di Eropah dan Afrika, terutama Sepanyol, Portugal, Maghribi, Kepulauan Canaria, Azores.[1] Nunam ini tinggal di perairan sublitoral dangkal.
Hexaplex trunculus mempunyai cangkang berbentuk kerucut melebar sekitar 4 hingga 10 cm panjangnya. Cangkang ini bergelung dengan tujuh pusar angulat. Cangkang ini berbeza-beza bentuk dan warnanya dengan jalur gelap dalam empat jenis. Rusuk-rusuknya kadangkala mempunyai penebalan atau duri, dan memberikan penampilan kasar pada cangkang ini. Cangkangnya kerap dilitupi alga, yang menyamarkannya, membuatkannya tampil menyamai dasar laut.
Rembesan siput ini digunakan sebagai zat pewarna pada zaman dahulu. Orang pun memakan siput ini di Sepanyol dan Portugal.[2]
Pewarna ungu ini datang daripada masyarakat Fenisia. Kota pelabuhan Fenisia di pesisir Lebanon hari ini, mengeksport pewarna merentasi Mediterranean.
Kaedah purba untuk menghasilkan pewarna ungu secara besar-besaran daripada Hexaplex trunculus belum berjaya dihasilkan dengan jayanya kerana warna keunguan memudar dengan cepat, meninggalkan hanya warna biru saja. Namun, penggunaan spesies ini dalam menghasilkan pewarna ungu sudah dipastikan oleh ahli arkeologi Fenisia, di mana sejumlah besar kerang ditemukan dalam gedung penyimpanan kuno yang digunakan untuk memperoleh zat pewarna ini. Diduga, 10 sampai 12 ribu nunam diperlukan untuk memperoleh satu gram zat pewarna ini. Zat ini dihargai tinggi dalam dunia purba. Kadang-kadang dikenal sebagai biru diraja (royal blue), harganya sangat mahal dan hanya digunakan oleh golongan bangsawan kelas paling tinggi.
Zat pewarna yang serupa, ungu Tyre (Tyrian purple), yang coraknya ungu-merah, dibuat daripada spesies siput laut yang masih berkaitan iaitu Bolinus brandaris. Zat pewarna (yang juga dikenal dengan nama "ungu diraja"), ini juga sangat mahal harganya.
Alkitab Ibrani ada menyebutkan zat pewarna biru khusus, yang disebut "tekhelet" (Ibrani: תְּכֵלֶת ), untuk dipakai pada pakaian efod bagi Imam Besar, mahupun jumbai-jumbai tzitzit untuk orang awam, yang dipercayai merujuk kepada zat pewarna biru dari Hexaplex trunculus jika dibiarkan di bawah matahari.[3] Talmud mengajarkan bahawa sumber pewarna tekhelet adalah makhluk laut yang dikenal sebagai khillazon (Ibrani: חילזון , ḥillazon), dalam bahasa Ibrani moden diterjemahkan sebagai "siput". Talmud juga menyebutkan adanya pewarna tiruan dari sumber tumbuhan yang disebut kela-ilan, dikenali sebagai Indigofera tinctoria, sumber pewarna biru yang terkenal di dunia purba. Talmud menjelaskan bahawa sama sekali dilarang untuk menggunakan pewarna palsu ini secara sengaja (misalnya, jika seseorang ditipu oleh penjual, maka jejumbai tzitzit yang dipakai masih kosher (tidak haram), tetapi tidak memenuhi pensyaratan agama untuk jumbai tekhelet).[4] Tosefta menjelaskan bahawa kela-ilan tidak hanya satu-satunya sumber pewarna yang dilarang. Kenyataannya, sumber pewarna lain selain khillazon tidak diterima untuk membuat pewarna biru.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.