From Wikipedia, the free encyclopedia
Hawalah (juga dikenali sebagai hundi) ialah satu sistem pemindahan nilai tidak formal yang berasaskan prestasi dan bakti sebuah jaringan kerja orang tengah yang besar, yang beroperasi terutamanya di Timur Tengah, Afrika Utara, Afrika Selatan dan Asia Selatan.
Penyerta pasaran kewangan | |
Pelabur | |
Spekulasi | |
Pelabut institusi | |
Siri Kewangan | |
Hawalah berasal daripada undang-undang Islam, dan disebut dalam teks-teks perundangan Islam seawal kurun ke-8. Hawalah itu sendiri kemudiannya mempengaruhi perkembangan agensi dalam common law dan dalam undang-undang sivil (undang-undang peribadi) seperti aval dalam Undang-undang Perancis dan avallo dalam undang-undang Itali. Istilah-istilah aval dan avallo itu sendiri terbit daripada istilah Hawalah. Pemindahan hutang yang "tidak dibenarkan dalam undang-undang Rom namun diamalkan secara meluas di Eropah pada zaman pertengahan, terutamanya dalam transaksi komersial", adalah disebabkan perluasan "perdagangan yang dijalankan oleh bandar-bandar Itali dengan dunia Islam pada Zaman Pertengahan." Agensi juga merupakan "sebuah institusi yang tidak dikenali dalam undang-undang Rom" yang menetapkan bahawa "individu tidak boleh membuat kontrak pengikat bagi pihak orang lain sebagai ejen." Dalam undang-undang Rom, "pemegang kontrak itu sendiri dianggap sebagai pihak bagi kontrak itu dan ia mengambil kontrak kedua antara orang yang bertindak bagi pihak prinsipal dan pihak yang kemudian untuk memnindahkan hak-hak dan kewajipan yang terbit daripada kontrak itu kepadanya." Di pihak yang lain, undang-undang Islam dan common law terkemudian "tidak mempunyai masalah untuk menerima agensi sebagai satu institusi dalam bidang kontrak khususnya dan kewajipan umumnya." [1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.