From Wikipedia, the free encyclopedia
Hassan Diab (Arab: حسان دياب ; lahir 6 Januari 1959) ialah seorang jurutera dan ahli politik dari Lubnan yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut di bawah pentadbiran Presiden Michel Aoun.[1][2]
Hassan Diab | |
---|---|
حسان دياب | |
Perdana Menteri Lubnan | |
Menyandang jawatan 21 Januari 2020 Pemangku: 10 Ogos 2020 - kini | |
Presiden | Michel Aoun |
Timbalan | Zeina Akar |
Didahului oleh | Saad Hariri |
Digantikan oleh | Mustapha Adib |
Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Lubnan | |
Dalam jawatan 13 Jun 2011 – 15 Februari 2014 | |
Presiden | Michel Suleiman |
Perdana Menteri | Najib Mikati |
Didahului oleh | Hasan Mneimneh |
Digantikan oleh | Elias Abou Saab |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Beirut, Lubnan | 6 Januari 1959
Pasangan | Nuwar Mawlawi |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Metropolitan Leeds Universiti Bath Universiti Surrey |
Laman web | Official Website |
Berikutan bencana letupan besar yang memusnahkan sebahagian utama kota Beirut pada Ogos 2020, Hassan dan kabinetnya bertindak balas meletak jawatan; namun beliau meneruskan khidmat sebagai Pemangku Perdana Menteri pada 10 Ogos 2020 sehingga suatu pemerintah baharu dapat dibentuk.[3][4][5]
Hassan lahir pada 6 Januari 1959 di Beirut.[6]
Beliau lulus sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan komunikasi dari Universiti Metropolitan Leeds tahun 1981.[7][8] Beliau kemudiannya mendapatkan ijazah Sarjana kejuruteraan sistem dari Universiti Surrey tahun 1982,[7] dan PhD dalam bidang kejuruteraan komputer 3 tahun di University of Bath kemudian pada 1985.[8]
Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan berikutnya menggantikan Saad Hariri pada 19 Desember 2019, di tengah-tengah protes Lubnan 2019-2020 yang menyebabkan pengunduran diri Hariri. Pencalonan Diab disetujui 69 daripada 128 anggota Parlimen Lubnan - dukungan terhadapnya datang dari partai-partai yang ikut membentuk Aliansi 8 Mac,[9] blok parlimen sekutu Hizbullah, tetapi tidak mendapat dukungan parti-parti dari masyarakat mazhab Sunni sendiri.[10] Diab sendiri seorang berfahaman bebas di mana beliau tidak vokal mendukung kelompok politik mana pun, malah memiliki profil umum yang rendah pada saat pelantikannya.[10]
Pemerintahan baru Lubnan dibentuk pada 21 Januari 2020 setelah Diab dan Ketua Parlimen Nabih Berri bertemu dengan Presiden Michel Aoun.[11][12] Diab kemudian mengumumkan kabinet baru beranggotakan dua puluh orang yang terdiri dari para teknokrat, dan mengatakan mereka akan mengerjakan undang-undang pilihan raya yang baru, mengusahakan pengadilan yang bebas dan pengembalian dana publik yang dijarah.[11]
Selama sesi pertama kabinet baru, Diab mengumumkan bahwa kunjungan resmi pertamanya adalah ke negara-negara "di kawasan Arab, khususnya Teluk".[13] Beliau tidak mengatakan apa-apa tentang mematuhi reformasi yang dijanjikan oleh Hariri dan memilih untuk mempertahankan Kementerian Penerangan yang dijanjikan bakal dihapuskan Said Hariri.[14] Pada 3 Februari, Diab menandatangani anggaran negara tahun 2020, mengurangi pengeluaran sebesar $ 700 juta[15][16] dan pada 6 Februari kabinet menyetujui rencana penyelamatan kewangan untuk diajukan ke parlimen.[17]
Pada 7 Mac 2020, Diab mengumumkan Lubnan akan gagal bayar hutang negara untuk pertama kalinya dalam sejarahnya.[18]
Pada 10 Ogos 2020, Diab mengundurkan diri dari jawatannya berikutan memuncaknya tekanan politik dan kemarahan terhadap pemerintah Lubnan atas kegagalan mencegah bencana letupan dahsyat yang memusnahkan pelabuhan Beirut malah memburukkan ketegangan dan pergolakan politik yang ada dalam negeri.[5]
Hassan meminta Presiden Aoun untuk menyelenggarakan pemilihan parlimen lebih awal.[19]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.