From Wikipedia, the free encyclopedia
Han Seung-yeon (lahir 24 Julai 1988) ialah seorang penyanyi, penari dan pelakon Korea Selatan. Beliau dikenali sebagai bekas ahli dan penyanyi vokal utama kumpulan wanita Korea Selatan, Kara.
Hangul | 한승연 |
---|---|
Hanja | 韓昇延 |
Perumian Semakan | Han Seung-yeon |
McCune–Reischauer | Han Sŭngyŏn |
Han Seung-yeon dilahirkan pada 24 Julai 1988,[1] di Seoul, Korea Selatan. Beliau meninggalkan Korea Selatan untuk menyambung pelajaran di Sekolah Tinggi Tenafly, New Jersey, Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, beliau keluar dari sekolah tinggi untuk menceburi karier nyanyian.[2] Selepas kembali ke Korea Selatan, beliau membuat kemunculan pertamanya sebagai penyanyi pada 29 Mac 2007 sebagai ahli Kara along with Park Gyu-ri, Nicole Jung dan Kim Sunghee. Semasa tempoh beliau bersama kumpulan ini, beliau lulus peperiksaan kelayakan sekolah tinggi, Ujian Keupayaan Scholastic Kolej dan diterima masuk ke dalam Universiti Kyung Hee dalam jurusan teater dan filem.[2]
Pada tahun 2016, beliau menyertai J WIDE Company.
Kara membuat kemunculan pertama dalam M! Countdown pada bulan Mac 2007 menerusi lagu single pertama mereka, "Break It" dari album The First Blooming. Pada awal tahun 2008, Kim Sunghee meninggalkan kumpulan ini kerana desakan keluarga.[3] Beliau digantikan oleh Goo Hara dan Kang Jiyoung dan kumpulan ini membuat kemunculan kembali menerusi "Rock U" pada bulan Julai 2008.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.