From Wikipedia, the free encyclopedia
Gurdwara ([gur.dwa.ra] daripada bahasa Punjabi gur ਗੁਰ - "guru, dan dwārā ਦੁਆਰਾ - "pintu gerbang")[1] ialah tempat ibadah khusus untuk penganut agama Sikh.
Tempat ibadah ini terbuka untuk semua jantina, umur atau anutan yang ingin mengetahui agama Sikh secara lebih lanjut dan mendalam. Ia boleh dikenalpasti secara jelas dengan adanya suatu bendera khusus yang berkibaran di pekarangan bangunan tersebut.
Gurdwara tidak mengikuti sebarang ciri binaan yang khusus selagi ia memenuhi beberapa keperluan utama:
Namun, seni bina yang diilhamkan Harmandir Sahib, tempat ibadat paling utama dan suci berasaskan unsur Mughal dan Sikh sering menjadi kebiasaan dalam pembinaan gurdwara baharu sejak abad ke-21.
Bangunan ini dikelilingi empat pintu utama yang didirikan dari empat arah - utara, selatan, timur dan barat - sebagai perlambangan kepada kesediaan menerima tetamu dari semua empat penjuru pelusuk Bumi.[2]
Titik tumpuan utama ia ialah sebuah dewan yang menempatkan kitab suci orang Sikh iaitu Guru Granth Sahib. Ia juga tidak mempunyai sebarang patung berhala ataupun gambar yang menggambarkan tokoh utama agama Sikh,
Ia mempunyai suatu dapur besar dipanggil langar di mana para pekerja atau relawan bekerja memasak makanan vegetarian (agar memudahkan tetamu penganut semua agama) untuk dijamu kepada mereka yang berkunjung ke tempat ini.[1][2] Kemudahan lain seperti pusat kesihatan, perpustakaan dan bilik darjah serta juga toko kedai turut boleh didapati di sekitar dalaman gurdwara.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.