sebuah filem dari tahun 2021 From Wikipedia, the free encyclopedia
Godzilla vs. Kong ialah sebuah filem kaijuu cereka sains fantasi yang telah dikeluarkan pada tahun 2021. Ia bersetting dalam sebuah dunia rekaan yang bernama Monster Universe ataupun MonsterVerse.
Godzilla vs. Kong | |
---|---|
Pengarah | Adam Wingard |
Lakon layar |
|
Cerita oleh |
|
Berdasarkan | |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Ben Seresin |
Disunting oleh | Josh Schaeffer |
Muzik oleh | Tom Holkenborg |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Toho |
Tarikh tayangan | |
Masa tayangan | 114 minit [4] |
Negara | |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $155 juta [6] |
Pecah panggung | $468 juta [6] |
Ia merupakan sebuah filem susulan yang bermula dengan Kong: Skull Island, Godzilla 2014 dan Godzilla: King Of The Monsters pada tahun 2019. Cerita filem ini akan disambungkan oleh filem Godzilla x Kong: The New Empire pada tahun 2024.
Filem ini telah ditayangkan di pawagam Malaysia pada 24 Mac 2021.
Cerita filem ini bermula 5 tahun selepas tamat filem Godzilla: King Of The Monsters dengan Godzilla tiba-tiba muncul dari tepi pantai Pensacola, Florida, Amerika Syarikat dan mula memusnahkan ibu pejabat Apex Cybernetics yang terletak di sana selepas unit pemprosesan pusat yang dibuat daripada otak kaijuu angkasa lepas Ghidorah untuk senjata pemusnah gergasi bernama Mechagodzilla yang dicipta olehnya telah diaktifkan dalam bangunan Apex Cybernetics itu.
Demi berhenti tindakan Godzilla, Monarch telah berpindah Kong dari Skull Island dengan menggunakan kapal laut untuk berlawan Godzilla, tetapi mereka semua diserang oleh Godzilla di tengah laut dan berpura-pura mati selepas mereka semua dikalahkan oleh Godzilla. Monarch kemudian berpindah Kong dengan menggunakan kapal terbang selepas Godzilla berenang pergi dari sana.
Selepas itu, tindakan Apex Cybernetics di Pensacola telah dinyatakan oleh Bernie Hayes yang berada di sana ketika serangan Godzilla terhadap syarikat itu dalam rancangan siniarnya bernama Titan Truth Podcast. Kemudian, dia bersama dengan Madison Russell dan Josh Valentine telah merancang dan berjaya untuk menyusup masuk ke dalam syarikat itu sebagai pekerjanya.
Pada akhirnya, Kong telah berjaya sampai ke atas tanah bandar raya global Hong Kong pada waktu malam dengan memakai satu kapak perang yang bersaiz besar sebagai senjatanya dalam perlawanannya dengan Godzilla. Tetapi setelah Kong mula mengamuk dan melompat ke arah Godzilla untuk menyerangnya, Kong terus kena belasah oleh Godzilla dan menjerit sehingga pengsan.
Sementara itu, semua watak penting Apex Cybernetics yang berada di dalam ibu pejabat barunya di Hong Kong telah berjaya untuk menghidupkan Mechagodzilla dengan menggunakan sumber kuasa yang baru dicapai oleh mereka tetapi mereka semua terus dibunuh olehnya. Mechagodzilla kemudian cuba membunuh Godzilla.
Pada waktu pagi hari esoknya, Kong yang baru bangun semula selepas ia tertidur semalam telah menerima permintaan daripada Jia untuk masuk campur dalam hal Mechagodzilla dan berjaya untuk selamatkan Godzilla daripadanya.
Godzilla dan Kong kemudian berkerja sama untuk menghancurkan Mechagodzilla dengan bantuan daripada kumpulan Titan Truth Podcast bertiga itu. Kong kemudian melucutkan senjatanya dan Godzilla berjalan balik ke laut.
Selepas itu, Monarch telah mendirikan satu stesen barunya di dalam dunia bawah tanah Hollow Earth bernama Kong Monitoring Station yang telah menjadi rumah baru kepada Kong.
Sebuah syarikat kontraktor pertahanan sibernetik dan pencipta Mechagodzilla dengan mengunakan otak Ghidorah sebagai unit pemprosesan pusat kepada Mechagodzilla
Filem ini dibuat oleh Legendary Pictures untuk diedarkan oleh Warner Bros. Pictures dengan sokongan daripada Toho.
Di Malaysia dan juga kepada seluruh dunia (kecuali Amerika Syarikat dan Jepun), tarikh pengeluaran filem ini untuk pawagam ialah pada 24 Mac 2021.[1] [2]
Di Amerika Syarikat, tarikh pengeluaran filem ini untuk pawagam bertukar daripada 26 Mac 2021[7] kepada 31 Mac 2021[3] dan di Jepun pada 02 Julai 2021.[4] [5]
Di Amerika Syarikat, ia ditayangkan oleh HBO Max secara percuma pada 31 Mac 2021 selama 31 hari.[8]
Cakera Blu-ray 4K UHD filem ini telah dikeluarkan pada 15 Jun 2021 untuk pasaran antarabangsa.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.