Gita Gutawa

From Wikipedia, the free encyclopedia

Gita Gutawa

Aluna Sagita Gutawa (lahir 11 Ogos 1993 di Jakarta, Indonesia) merupakan seorang penyanyi wanita Indonesia dan anak perempuan kepada komposer muzik terkenal Indonesia, Erwin Gutawa dan isteri Lutfi Adriani. Mempunyai seorang adik yang bernama Aura Aria (Rara) dan memiliki suara soprano.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Gita Gutawa
Thumb
Gita mengadakan persembahan di konsert beliau, Konser Kotak Musik Gita Gutawa pada 2008.
Kelahiran
Aluna Sagita Gutawa

(1993-08-11) 11 Ogos 1993 (umur 31)
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPenyanyi, pelakon, penulis lagu
Tahun aktif2005kini
Ibu bapaErwin Gutawa (bapa)
Luhfi Andriani (ibu)
SaudaraAura Aria Gutawa (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop, pop remaja, balada, muzik klasikal, pop opera, R&B
InstrumenVokal, piano
Syarikat rakaman
Sony Music Indonesia
Pengkarya berkait
Dafi Ismail Sabri
Laman web rasmiwww.gitagutawa.com
Tutup

Biarpun beliau pada asalnya belajar bermain piano, beliau beralih ke bidang nyanyian. Bakat beliau dikesan pada 2004 sewaktu melakukan latihan vokal, kemudian berduet dengan ADA Band. Selepas Heaven of Love (2005), menampilkan duet, terjual sebanyak 800, 000 salinan, Gita telah didekati oleh Sony Music Indonesia dan menawarkannya peluang untuk merakamkan album. Kejayaan album solo pertama beliau yang menggunakan namanya sebagai judul album membawanya kepada tawaran berlakon dan kerja pemasaran. Sejak kemunculan sulungnya, beliau telah merakamkan dua album, Harmoni Cinta yang mendapat sambutan pada 2009 dan Balada Shalawat yang berkonsepkan keislaman pada 2010. Sebagai pelakon, beliau telah berlakon dua sinetron Indonesia, Ajari Aku Cinta dan Ajari Lagi Aku Cinta. Beliau meminjamkan suaranya untuk animasi Meraih Mimpi dan membintangi filem pertamanya, Love in Perth pada 2010.

Berperwatakan dan memiliki aura personaliti yang menarik, Dian Kuswadini dari The Jakarta Post telah menyifatkan Gita ibarat "manis seperti gula-gula kapas dan hangat umpama ciuman"; [1] bagaimanapun Gita menyatakan terdapat orang untuk mempercayai bahawa beliau berjaya melalui nepotisme. Beliau menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Musik Indonesia 2008 bagi kategori Pendatang Baru Terbaik, beliau juga memenangi Festival Lagu Kanak-Kanak Antarabangsa Nil ke-6 di Kaherah, Mesir.

Kehidupan awal

Thumb
Gita Gutawa bersama bapanya, Erwin, 2008

Beliau dilahirkan sebagai Aluna Sagita Gutawa Aluna Sagita bermaksud “irama lagu” di Jakarta, Indonesia pada 11 Ogos 1993 [1] kepada pasangan Erwin Gutawa dan Luthfi “Lulu” Andriani. Anak sulung kepada pasangan ini, beliau suka melihat hasil kerja komposisi bapanya. Hasilnya beliau memperoleh kursus piano klasikal, kemudian menghantar beliau ke kelas vokal untuk memperhebatkan alunan vokal sopranonya. [1][2] Gita mendapat sokongan penuh daripada bapanya, yang membantunya sebagai penasihat. [1][2] Dalam konsert Dekade 2003 Chrisye, Gutawa mengadakan persembahannya di khalayak buat pertama kalinya, selepas Chrisye yang sering berkolaborasi dengan bapanya menjemputnya ke pentas. Beliau kemudiannya menyifatkannya sebagai idolanya. [3]

Kerjaya

Muzik

Thumb
Gutawa bermain piano dalam Konsert Kotak Musik Gita Gutawa pada 2008

Pada tahun 2004, Gita telah didekati oleh pengurus kumpulan ADA Band, yang mendengar beliau berlatih di pengajaran nyanyian dari sebelah pintu studio kumpulan berkenaan. Beliau kemudian ditanya untuk menyanyikan lagu duet bersama vokalis kumpulan ini; Gutawa biarpun pada ketika itu hanya menyanyi sebagai hobi, menerimanya. Sebuah lagu duet, yang bertajuk “Yang Terbaik Bagimu”, telah dimuatkan dalam album ADA Band, Heaven of Love (2005), [1][4] yang terjual sebanyak 800, 000 salinan.[5] Selepas menyanyikan lagu duet lain bersama penyanyi lain, termasuk Haddad Alwi,[6] Gita telah ditanya untuk merakamkan album solo bersama Sony Music Indonesia.[1]

Selepas setahun dalam penerbitan, album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album telah dilancarkan pada Februari 2007.[2] Album ini diterbitkan oleh bapanya dan menampilkan lagu yang ditulis oleh Glenn Fredly dan Melly Goeslaw.[7] Mendapat sambutan baik, album Gita Gutawa telah terjual sebanyak 150, 000 salinan dalam masa 4 bulan dan akhirnya mendapat pensijilan platinum.[8] Selepas kejayaan album ini, jadual persekolahan Gita yang sebelum ini dipenuhi dengan penajaan dan permintaan media. Ini membuatkan ibu Gita, Lulu Andriani bertindak sebagai pengurus beliau, yang mana beliau terus berkhidmat sehingga beliau hamil. Satu lagi ahli keluarga Gutawa membantu menguruskannya, dengan ibunya menyusun jadual pertemuan media dan sesi rakaman Gutawa.[2]

Gutawa kemudiannya mula menyanyi di festival muzik bagi mencari pengalaman. Pada 2008, beliau memenangi Festival Lagu Kanak-Kanak Antarabangsa Nil ke-6 di Kaherah menerusi lagu “To Be One”[2] dendangan Ria Leimena, yang beliau sebelum ini menyanyikannya di dalam albumnya sebelum ini.[7] Pada tahun yang sama, beliau menghadiri festival lagu di Itali. Beliau kemudiannya menubuhkan satu kumpulan gadis untuk menyokong beliau selepas beberapa persembahannya yang terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan pemuzik pada saat-saat akhir.[2]

Sekembalinya beliau dari Itali, Gita memulakan rakaman album kedua, Harmoni Cinta pada Jun 2008.[9] Beliau memainkan peranan lebih besar dalam penerbitan album sulungnya, memilih konsep di sebalik album dan juga senarai runut; beliau akhirnya menulis lima daripada 12 lagu dalam albumnya. Album ini dikeluarkan pada Mei 2009,[8] terjual.[10] Pada Ogos tahun yang sama, beliau mengeluarkan biografinya, Kotak Musik Gita Gutawa.[11]

Gutawa mengikuti Harmoni Cinta pada Ogos 2010 dengan album ketiga, sebuah album keislaman, Balada Shalawat. Semasa rakaman, beliau menerima latihan daripada pendakwah atau ustaz, berkenaan dengan sebutan lirik bahasa Arab digunakan dalam kebanyakan lagu.[10] Album ini dilancarkan semasa Ramadan, dengan keuntungan didermakan kepada golongan miskin di Indonesia.[12]

Gita telah menyuarakan kebimbangan yang umum melihatnya di puncak kemasyhuran kerana bergantung kepada bapanya yang sudah menjadi terkenal; beliau menyatakan ketika sesi temubual bersama The Jakarta Post yang beliau belajar bahawa “nepotisme tidak akan berfungsi dalam industri muzik”. Kerana itu, Gutawa menyatakan bahawa duetnya bersama ADA Band dan kontrak bersama Sony Music telah menang secara keseluruhan menerusi merit beliau, dengan pengurus kumpulan itu tidak mengetahui yang beliau merupakan anak perempuan Erwin Gutawa apabila beliau mendekatinya. Beliau juga memetik “sentimen negatif terhadap populariti [beliau] secara tiba-tiba” sambil menoleh beliau ke belakang untuk melakukan yang terbaik.[1]

Pada 2011, Gutawa mengumumkan akan bersara daripada muzik untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Sebagai sambutan selamat tinggal, bapanya mengadakan konsert “A Masterpiece of Erwin Gutawa” di Jakarta.[13] Beliau memgumumkan akan merancang untuk mengambil ijazah ekonomi.[14] Pada 5 April 2012, semasa lawatannya ke Indonesia dari universitinya di England, beliau menyanyikan lagu Chrisye, Baju Pengantin di konsert Kidung Abadi Chrisye di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Jakarta.[3][15] Beliau dan bapanya juga menulis sebuah lagu baru untuk konsert, bertajuk Kidung Abadi yang dibuat oleh alunan tali bersama-sama dengan 246 suku kata dalam vokal Chrisye.[16]

Televisyen dan filem

Selepas kejayaan album studio pertama, beliau membuat persembahan dalam berbagai iklan televisyen.[9] Beliau kemuadiannya menerima tawaran berlakon dalam sebuah sinetron yang bertajuk Ajari Aku Cinta yang menggunakan lagunya, Bukan Permainan sebagai lagu tema. Gutawa menerima tawaran tersebut, tetapi kebanyakkannya peranan promosi.[5] beliau kemudiannya berlakon dalam sekuelnya, Ajari Aku Lagi Cinta.[1]

Pada 2009, Gita meminjamkan suaranya untuk satu watak dalam Meraih Mimpi, sebuah adaptasi Indonesia “Sing to the Dawn”; [17] rakaman suara mengambil masa empat bulan untuk disiapkan.[11] Beliau kemudian memetiknya sebagai satu pengalaman pembelajaran yang baik. Pada tahun berikutnya, beliau muncul dalam filem sulungnya, “Love in Perth”, yang beliau memegang peranan sebagai seorang pelajar periang di Perth, Australia. Beliau menganggapnya sebagai satu cabaran, untuk bahagian yang paling sukar, babak yang mana beliau menangis, beliau melatih di depan cermin. [17] Pada Mei 2011, beliau berkasih dengan pelakonnya dalam filem tersebut, Derby Romero, pasangan itu berpisah pada Januari 2012.[18]

Pendidikan

Semasa berada di sekolah rendah dan sekolah tinggi, beliau dipilih sebagai pelajar terbaik selama lima tahun berturut-turut. [1] Selepas menjadi terkenal, beliau menghadiri Sekolah Rendah Tinggi Al-Izar dan bukannya bersekolah dalam rumah seperti kebanyakan bintang cilik Indonesia yang lain kerana beliau merasakan “menghadiri sekolah biasa akat menyeronokkan”, dengan lebih ramai rakan dan peluang untuk bersosial. [2] Beliau kemudiannya menghadiri Sekolah Menengah Tinggi Bina Nusantara. Pada 2009, Gita telah dipilih oleh Yayasan Sampoerna [19] yang dimiliki oleh Sampoerna Strategic, sebuah syarikat pelaburan Indonesia sebagai duta belianya yang pertama, mengambil arah bahagian dalam inisiatif syarikat. [20] Sebagai satu daripada kegiatannya, beliau berjanji sebahagian daripada jualan Harmoni Cinta akan digunakan untuk menghantar kanak-kanak miskin Indonesia ke sekolah, setiap dua puluh album akan dijual kepada seorang kanak-kanak. [21]

  • 1996–1999 : TK Bakti Mulya, Jakarta
  • 1999–2005 : SD Bakti Mulya, Jakarta
  • 2005–2008 : SMP Al-Izhar Pondok Labu, Jakarta
  • 2008–2011 : SMA Bina Nusantara Simprug, Jakarta
  • 2011-2014: University of Birmingham, UK
  • 2014-kini : London School of Economics and Political Science, UK

Ketokohan

Dalam satu temubual bersama Jakarta Globe pada 2011, Gita berkata beliau tetap terus menjadikan nyanyian sebagai hobinya meskipun ia merupakan kerjayanya.[14]

Penulisan lagu

Gita sering melakar inspirasinya berdasarkan pengalamannya, termasuk yang pernah menjadi rakannya. Apabila beliau mendapat ilham, beliau menulis lirik tersebut dan mencipta melodinya sebaik mungkin.[14]

Anugerah dan penghargaan

Album pertama Gita Gutawa mendapat maklum balas positif daripada media Indonesia dan pengkritik sekaligus mendapat pengiktirafan platinum [8] dan memenangi empat anugerah kebangsaan; Anugerah SCTV bagi Penyanyi Terbaik; Album Terbaik daripada SCTV dan Pendatang Baru Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Musik Indonesia pada 2008. [1] Juliani Harsianti dari The Jakarta Post menyifatkan Gita mempunyai “gaya segar dan suara jelas” di dalam album. [2]

Anugerah bukan muzikal

  • Pemenang Fashion Show di Hotel Mercantile, Jakarta (1996)
  • Bintang Kelas TK Bakti Mulya 400, Jakarta (1996)
  • Naib Juara Casual Fashion "Pesona Anak Indonesia", Ancol – Jakarta (1997)
  • Pemenang TK Bhakti Mulya, Jakarta (1997)
  • Naib Juara lomba menari "Hari Ibu", Taman Mini Indonesia Indah (1997)
  • Pemenang Lomba mewarnai "Hari Kemerdekaan", Cinere Jakarta (1998)
  • Naib Juara of Lomba renang gaya bebas, Cilandak Sport Center (1998)
  • Kedudukan ke-5 mewarna gambar Jabodetabek Area, Jakarta (1998)
  • Naib Juara lomba 'Abang None Cilik Jakarta Selatan', Jakarta (1999)
  • Naib Juara lomba Karaoke TK, Bakti Mulya 400 Jakarta (1999)
  • Naib Juara lomba Busana Nasional SD, Bakti Mulya 400, Jakarta (2000)
  • Tangga Ke-3 Lomba Menggambar Karyawisata, P & K Jakarta (2001)
  • Pencapai Peringkat Tertinggi sistem matematik 'KUMON', Grand Melia, Jakarta (2001)
  • Pencapai Peringkat Tertinggi sistem matematik 'KUMON', JCC – Jakarta (2002)
  • Pemenang Science Race of Doctor Rabbit, Jakarta (2003)

Diskografi

Filemografi

  • Ajari Aku Cinta
  • Ajari Lagi Aku Cinta
  • Meraih Mimpi (berdasarkan daripada “Sing to the Dawn”)
  • Love in Perth

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.