Geseran gigi bersuara

From Wikipedia, the free encyclopedia

Geseran gigi bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ð dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan D dalam X-SAMPA.

Fakta Segera Nombor AFA, Pengekodan ...
Nombor AFA131
Pengekodan
X-SAMPAD
Imej
Sampel audio
noicon
Tutup

Sesetengah penutur bahasa Melayu lebih menemukan bunyi konsonan ini pada bahasa Arab yang mempunyai huruf (zal atau dzal); walau bagaimanapun kata pinjaman diserapkan dari bahasa ini akan terubah disebut kepada fonem yang hampir mirip iaitu geseran gusi/frikatif alveolar bersuara diwakili huruf Z/z,[1] malah turut ditulis berhuruf sedemikian dalam ejaan baku tertentu contohnya: Zulkarnain, mazhab.

Ciri-ciri

Ciri-ciri geseran gigi bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
  • Daerah artikulasinya adalah gigi, iaitu disebut dengan lidah menyentuh gigi atas atau bawah, atau kedua-duanya sekali.
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Rujukan

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.