Gender
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gender ([gén.dĕr] atau [jén.dĕr]) adalah berbeza daripada konsep "jantina" yang difahamkan sebagai hakikat biologi membezakan antara jenis atau cenda perempuan dan lelaki. Sebaliknya gender adalah satu konstruksi sosial dan berhubung-rapat dengan perbezaan jantina.
Perkataaan "gender" sekembar "genre" (melalui bahasa Perancis) turunan Latin "genus" diakar kata Bahasa Proto-Indo-Eropah *ǵénh₁- 'melahirkan' lalu sewarisan Sanskrit: जनस्, rumi: jánas dan Yunani: γένος, rumi: génos dedua bererti "bangsa, keturunan".[1] Pengungkapan "gender" dalam konteks peranan masyarakat berasal dari tahun 1945 apabila Madison Bentley memberi takrifan sebagai suatu "penyetentangan jantina oleh masyarakat" (socialized obverse of sex).[2][3] John Money, seorang ahli seksologi New Zealand, mengungkapkan idea "peranan gender" (istilah Inggeris asal: gender role) yang berkaitan pada tahun 1955 dalam sebuah makalah yang ditakrifkan sebagai "segala kata atau perilaku yang dapat menunjukkan kedudukan diri" sebagai seorang lelaki atau wanita.[4] Simone de Beauvoir dalam karangan falsafah Le Deuxième Sexe (1949) mengusulkan bahawa pendidikan atau kearifan sesebuah masyarakat membentuk pendirian anak-anak mereka agar memilih kedudukan yang lakian atau puanan saat dewasa, beliau menghujahkan bahawa seseorang itu "tidak lahir sebagai perempuan, dia menjadi perempuan".[5] Pencetusan idea tersebut oleh de Beauvoir ada diusulkan sebagai titik mula pembezaan gender dari jantina dalam konteks teori feminisme,[6][7] namun disanggah banyak cendekiawan sebidang yang berpendapat pembezaan ini datang lebih awal lagi.[8][9]
Meski kearifan lokal suku Bugis di Sulawesi dikenal membahagikan masyarakat mereka kepada lima jenis gender,[10] tidak ada kata asli khusus dalam bahasa Bugis serumpun Melayu yang diketahui memadan kepada penungkapan konsep gender setakat ini.
Gender merupakan satu konsep yang digunakan untuk mengkaji perbezaan dan persamaan antara lelaki dan wanita. Gender tidak hanya bermaksud ‘lelaki’ atau ‘wanita’ tetapi merangkumi identiti transgender dan interseks.
Teori gender merangkumi bidang falsafah Barat, sains perubatan, kesusasteraan, sosiologi dan antropologi. Teori gender memberi perhatian kepada cara tubuh badan manusia dikaji dan diklasifikasi mengikut jantina dan sering berhubungkait dengan teori mengenai seksualiti.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.