Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gallicolumba (Punai jantung berdarah) adalah satu genus bersaiz sederhana punai dalam keluarga Columbidae yang mencari makan di atas tanah dan hidup dalam hutan hutan di Filipina, Indonesia, dan kawasan Pasifik. Ia tiada kaitan dengan punai tanah Amerika (genus Columbina). Malahan, genus ini merupakan saudara dekat bagi merpati tanah paruh tebal.
Gallicolumba | |
---|---|
Punai jantung berdarah Luzon, Gallicolumba luzonica | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Columbiformes |
Keluarga: | Columbidae |
Subkeluarga: | Columbinae |
Genus: | Gallicolumba Heck, 1849[1] |
Diversiti | |
7 spesies hidup | |
Sinonim | |
Phlegoenas Reichenbach, 1852 |
Genus ini termasuk punai jantung berdarah yang diketahui berasal daripada Filipina. Ia dinamakan bersempena dengan tompokan berwarna merah terang di dadanya, yang mana kelihatan seolah-olah seperti satu kecederaan berdarah pada beberapa spesies dan memberi ingatan kepada pencinta alam sekitar akan bahaya tikaman pisau. Diet makanan bagi punai jenis ini terdiri daripada bijiran dan buah-buahan.
Gallicolumba mungkin dikelaskan sebagai sub-keluarga paling kecil, tetapi data-data yang ada mencadangkan bahawa mereka adalah warisan radiasi basal bagi Columbidae yang mana mempunyai banyak warisan kecil dan kadang kala pelik (seperti Goura dan Otidiphaps yang mana secara ekologinya mencapah ke arah Galliformes, dan mungkin didine (Raphinae) yang terkenal.
Banyak punai tanah Pasifik telah dikeluarkan daripada genus Gallicolumba (yang mana bukan-monopiletik) dan disusun semula ke genus Alopecoenas:[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.