From Wikipedia, the free encyclopedia
Gabenor Jeneral Chosen ialah ketua pentadbir pemerintahan jajahan Jepun di Korea dari 1910 hingga 1945.
Gabenor Jeneral Chosen | |
---|---|
Chōsen Sōtoku (朝鮮総督 ) | |
Bidang kuasa | Pemerintahan Jepun di Korea |
Kediaman | Bangunan Kerajaan Jeneral, Keijō |
Dilantik oleh | Emperor of Japan |
Pelopor | Residen Jeneral Korea |
Dibentuk | 1 Oktober 1910 |
Pemegang pertama | Terauchi Masatake |
Pemegang akhir | Nobuyuki Abe |
Dimansuhkan | 12 September 1945 |
Penggantian | Pentadbiran Awam Soviet Pemerintahan Tentera Darat Amerika Syarikat di Korea |
Senarai | List of Japanese governors-general of Korea (en) |
sunting · sunting di Wikidata |
Gabenor Jeneral Chosen diwujudkan sejurus setelah Empayar Korea secara rasminya diilhak oleh Empayar Japan dalam Perjanjian Jepun-Korea 1910 untuk menggantikan gelar Residen Jeneral. Gabenor Jeneral Chosen telah dilantik dari Tokyo dan berkhidmat mewakili Maharaja Jepun. Gabenor Jeneral Chosen bertanggungjawab untuk urusan pemerintahan jajahan di Korea, termasuk infrastruktur, budaya, kehakiman, dan penindasan kebebasan bersuara dan pergerakan kemerdekaan Korea.[1][2]
Pejabat Gabenor Jeneral Chosen terletak di Bangunan Kerajaan Jeneral di Keijō (Seoul) setelah selesai pada tahun 1926. [3]
Selepas pengilhakan Korea ke dalam Jepun pada tahun 1910, pejabat Residen Jeneral digantikan oleh Gabenor Jeneral. Walau bagaimanapun, jawatan itu adalah unik di kalangan taklukan luar Jepun, kerana Gabenor Jeneral diberi kuasa-kuasa mutlak dan kedudukannya juga melibatkan pengawasan kehakiman dan beberapa kuasa perundangan. Sehingga 1944, Gabenor Jeneral tidak memerintah secara terus Tentera Darat Imperial Jepun atau Tentera Laut Imperial Jepun yang ditempatkan di Korea.[4] Berdasarkan kuasa dan tahap tanggungjawab, hanya mereka yang berjawatan jeneral penuh yang lengkap dalam Angkatan Tentera Jepun dipilih untuk jawatan tersebut (dengan pengecualian tunggal laksamana bersara Saitō Makoto).
Gabenor Jeneral Chosen mempunyai organisasi polis, yang mungkin terlibat dalam menjadikan wanita Korea sebagai wanita penghibur.[5]
Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II, Semenanjung Korea ditadbir oleh Republik Demokratik Rakyat Korea dan Republik Korea. Bangunan Gabenor Jeneral pula telah dirobohkan sepenuhnya semasa pentadbiran presiden Korea Selatan Kim Yong-Sam pada 15 Ogos 1995.
Empat orang yang memegang jawatan Gabenor Jeneral Korea juga memegang jawatan Perdana Menteri Jepun. Tiga orang daripadanya, Terauchi Masatake, Saitō Makoto, dan Koiso Kuniaki, ialah Gabenor Jeneral sebelum menjadi Perdana Menteri. Seorang lagi pula, Abe Nobuyuki, menjadi Perdana Menteri sebelum pelantikannya sebagai Gabenor Jeneral. Ugaki Kazushige pula telah dinamakan sebagai Perdana Menteri, tetapi beliau tidak boleh mengambil jawatan kerana tidak dapat membentuk kabinet.
Di samping itu, Residen Jeneral Itō Hirobumi telah berkhidmat selama empat penggal sebagai Perdana Menteri sebelum pelantikannya ke Korea.
Dari 1906 hingga 1910, Empayar Korea menjadi wilayah protektorat Jepun dan Jepun diwakili oleh seorang Residen Jeneral di Empayar Korea.
Selepas pencabulan Korea ke Jepun pada tahun 1910, jawatan Residen Jeneral telah digantikan oleh Gabenor Jeneral.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.