From Wikipedia, the free encyclopedia
Fulerena (Inggeris: fullerene) ialah sebarang molekul yang terdiri sepenuhnya daripada karbon dalam bentuk sfera berongga, elipsoid atau tiub. Fulerena sfera juga dikenali dengan nama buckyball, dan ia menyerupai bentuk bola yang digunakan dalam bola sepak. Fulerena silinder dinamakan nanotiub karbon atau buckytube. Fulerena mempunyai struktur kimia yang serupa dengan grafit yang terdiri daripada lapisan-lapisan grafena gelang heksagon berhubung yang bertindih; tetapi ia juga boleh mempunyai gelang berbentuk pentagon (dan kadangkala heptagon).[1]
Molekul fulerena pertama yang ditemui, dan juga molekul buckministerfulerena (C60), telah disediakan pada 1985 oleh Richard Smalley, Robert Curl, James Heath, Sean O'Brien dan Harold Kroto dari Universiti Rice. Nama molekul ini diambil daripada nama Buckminister Fuller yang mereka kubah geodesi yang serupa bentuknya. Strukturnya juga telah dikenalpasti lima tahun sebelumnya oleh Sumio Iijima, daripada gambar mikroskop elektron, di mana ia membentuk teras "bawang bucky".[2] Sejak itu, fulerena telah ditemui terhasil dalam alam semula jadi.[3] Baru-baru ini, fulerena telah dikesan di angkasa lepas.[4] Menurut ahli astronomi Letizia Stanghellini, "ada kemungkinan yang buckyball dari angkasa lepas memberikan benih bagi kehidupan di Bumi."[5]
Penemuan fulerena mengembangkan jumlah alotrop karbon yang diketahui dengan banyaknya, yang sehingga baru-baru ini terhad kepada grafit, berlian, dan karbon amorfus seperti jelaga dan arang. Buckyball dan buckytube kini menjadi subjek kajian mendalam kerana kimianya yang unik dan kerana kegunaannya dalam teknologi terutamanya dalam sains bahan, elektronik dan nanoteknologi.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.