From Wikipedia, the free encyclopedia
Fraser Gerard Forster (lahir 17 Mac 1988) merupakan seorang pemain bola sepak profesional England yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Fraser Gerard Forster[1] | ||
Tarikh lahir | 17 Mac 1988 | ||
Tempat lahir | Hexham, England | ||
Ketinggian | 2.01 m (6 ka 7 in)[2] | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Tottenham Hotspur | ||
Nombor | 20 | ||
Kerjaya remaja | |||
2001–2005 | Wallsend Boys Club | ||
2005–2006 | Newcastle United | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2006–2012 | Newcastle United | 0 | (0) |
2008 | → Stockport County (pinjam) | 6 | (0) |
2009 | → Bristol Rovers (pinjam) | 4 | (0) |
2009–2010 | → Norwich City (pinjam) | 38 | (0) |
2010–2012 | → Celtic (pinjam) | 69 | (0) |
2012–2014 | Celtic | 71 | (0) |
2014–2022 | Southampton | 134 | (0) |
2019–2020 | → Celtic (pinjam) | 28 | (0) |
2022– | Tottenham Hotspur | 14 | (0) |
Pasukan kebangsaan | |||
2013– | England | 6 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18:06, 28 Mei 2023 (UTC) |
Dia memulakan kariernya di Newcastle United, dipinjamkan kepada Stockport County dan Bristol Rovers. Dia kemudiannya dipinjamkan selama semusim kepada Norwich City, membantu kelab itu memenangi League One dan promosi ke Championship. Forster kemudiannya menyertai Celtic secara pinjaman untuk musim 2010–11 dan membantu mereka memenangi Piala Scotland. Dia dipinjamkan semusim lagi si sana, memenangi Liga Perdana Scotland sebelum menjadi ahli tetap pasukan itu pada tahun 2012 dengan perpindahan £2.2 juta. Pada bulan Ogos 2014, dia menyertai Southampton dengan yuran £10 juta.
Forster dipilih untuk skuad England pada tahun 2012 dan 2013 sebelum membuat penampilan antarabangsa pertamanya pada bulan November 2013 dan dinamakan dalam skuad England untuk Piala Dunia FIFA 2014.
Forster mendapat kontrak profesional pertamanya bersama Newcastle United, menyertai akademi mereka pada tahun 2005.[3] Forster merupakan penjaga gol pilihan ketiga Newcastle pada musim 2007-08 semasa Tim Krul dipinjamkan kepada Falkirk,[4] dan bermain secara tetap untuk pasukan simpanan.[5] Walau bagaimanapun, dalam tempoh enam tahun bersama kelab itu, Fraser tidak pernah membuat penampilan pasukan utama untuk Newcastle.
Dengan Krul kembali pada musim 2008–09 dan Given kembali cergas, Forster dipinjamkan kepada Stockport County pada 2 Oktober 2008.[6] Forster memulakan perlawanan pertamanya untuk Stockport pada 7 Oktober dalam pusingan kedua Football League Trophy, dimana mereka tewas 1-0 kepada Bury.[7] Dia bermula perlawanan liga pertamanya untuk Stockport pada 11 Oktober, ketika seri 1–1 dengan Southend United.[8] Dia kembali ke Newcastle pada 1 November selepas melengkapkan tempoh pinjamannya di Stockport, bermain enam perlawanan liga dan mengekalkan tiga jersi bersih.[9]
Forster yang diletakkan di bangku simpanan Newcastle untuk lebih 30 perlawanan dalam Liga Perdana dan Piala UEFA, memerlukan pengalaman bermain dan kemudiannya menandatangani pinjaman sebulan bersama Bristol Rovers pada 31 Julai 2009.[10] Dia mengekalkan dua jersi bersih daripada empat perlawanan liga untuk mereka.[11] Bristol Rovers meminta untuk melanjutkan tempoh pinjaman tetapi Norwich City juga membuat tawaran yang diterima Newcastle.[12]
Pengurus Norwich City, Paul Lambert mahu menandatangani Forster yang melihatnya bermain ketika di Stockport dan Bristol Rovers. Forster kemudiannya menyertai Norwich City dengan pinjaman sebulan.[13] Ia kemudiannya dilanjutkan sehingga akhir bulan Januari 2010 selepas membuat penampilan sulung yang mengagumkan ketika menentang Hartlepool dimana mereka menang 2–0 di Victoria Park.[14] Forster menerima kad merah pada 26 September 2009 ketika menentang Gillingham[15] Dia membuat kesilapan ketika kekalahan 2–1 kepada Leeds United pada 19 Oktober.[16] Pada 20 November 2009, Norwich City mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju dengan perjanjian bersama Newcastle United untuk melanjutkan tempoh pinjaman Forster sehingga akhir musim 2009–10 .[17]
Pada 17 April 2010, Norwich mengesahkan promosi ke Championship selepas kemenangan 1–0 ke atas Charlton.[18] Sebagai mengiktiraf sumbangannya kepada kejayaan Norwich, Forster dinamakan sebagai Pemain Tahunan Kelab pilihan pemain 2010.[19] Dia mengekalkan 18 jersi bersih daripada 38 perlawanan liga fan 20 jersi bersih daripada 42 penampilan dalam semua pertandingan.[20]
Pada 24 Ogos 2010, Forster menyertai Celtic secara pinjaman dari Newcastle. Dia membuat penampilan sulungnya untuk Celtic pada 29 Ogos 2010 menentang Motherwell dan mengekalkan jersi bersih ketika Celtic menang 1–0.[21] Dia kemudiannya bermain kesemua perlawanan untuk Celtic kecuali dua perlawanan piala.
Forster mempunyai musim yang berjaya bersama Celtic, memenangi pingat naib juara Piala Liga dan Liga Perdana Scotland.[22][23] Forster mengekalkan 21 jersi bersih.[24][25] Dia membantu Celtic untuk menang 3–0 ke atas Motherwell dan memenangi Piala Scotland.[26] Secara keseluruhan, dia mengekalkan 24 jersi bersih dalam 44 perlawanan untuk Celtic.[27][28]
Selepas beraksi untuk Newcastle dalam pra-musim menentang Darlington,[29] Orlando City,[30] Leeds United[31] dan Fiorentina,[32] serta dinamakan di bangku simpanan ketika pembukaan musim Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal,[33] Forster menyertai semula Celtic secara pinjaman untuk baki musim pada 17 Ogos 2011.[34] Dia membantu Celtic untuk seri 0–0 ketika menentang FC Sion di tempat sendiri tetapi kalah 3–1 di tempat lawan, sebelum UEFA memasukkan Celtic semula ke dalam Liga Europa UEFA denga kemenangan 3–0 dalam kedua-dua perlawanan selepas Sion didapati menggunakan pemain yang tidak layak.[35]
Forster mempunyai musim 2011–12 yang cemerlang bersama Celtic, memenangi Liga Perdana Scotland dan membantu pasukannya membaiki rekod musim sebelumnya dengan 23 jersi bersih. Dia dan Załuska mengekalkan 25 jersi bersih keseluruhan dengan Forster menyumbang 21 daripada mereka.[36] Secara keseluruhan, dia mengekalkan 26 jersi bersih daripada 47 perlawanan musim itu.[28][37]
Pada 29 Jun 2012, ia telah diumumkan bahawa Forster telah menyertai Celtic secara tetap dengan yuran sekitar £2 juta.[38]
Pada 7 November 2012, Forster menunjukkan aksi cemerlang[39] ketika menentang Barcelona dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA, membantu Celtic merekodkan kemenangan bersejarah 2-1 semasa minggu ulang tahun ke-125 kelab itu. Kerana aksi cemerlangnya itu, media Sepanyol mengelar Forster "La Gran Muralla" (The Great Wall).[40] Forster kemudiannya memenangi kejuaraan liga keduannya bersama Celtic musim itu,[41] dan melengkapkan kejuaraan berganda liga dan piala pada 26 Mei 2013 dengan menang 3–0 ke atas Hibernian dalam perlawanan akhir Piala Scotland.[42]
Celtic sekali lagi layak ke Liga Juara-Juara UEFA untuk musim 2013–14 dan sekali lagi menentang Barcelona di Parkhead pada 1 Oktober 2013, kalah 1–0. Walaupun kekalahan itu, Forster sekali lagi beraksi cemerlang.[43][44] Aksi cemerlang Forster untuk Celtic dalam Liga Juara-Juara dan penglibatan dalam skuad antarabangsa England menyebabkan laporan media pada bulan Oktober dan November 2013 bahawa beberap kelab termasuk Manchester United dan Manchester City sedang mempertimbangkan untuk membuat tawaran terhadap penjaga gol itu.[45]
Pada 2 Februari 2014, Forster mencatat rekod kelab baru dengan 11 jersi bersih berturut-turut,[46] mengalahkan rekod 10 jersi bersih oleh Charlie Shaw pada musim 1921–22.[47] Pada 22 Februari 2014, Forster memecahkan rekod Liga Scotland Bobby Clark dengan 1155 minit tanpa bolos dalam perlawanan liga. Celtic menang 2–0 ke atas Hearts dan Forster mencatat jersi bersih ke-13 berturut-turut dalam liga.[48][49] Rekod jersi bersih Forster berakhir pada minit ke-1,256 ketika menentang Aberdeen pada 25 Februari 2014 dengan gol dari Jonny Hayes.[50][51] Forster mengakhiri musim itu sekali lagi sebagai juara liga.[52]
Pada 8 Ogos 2014, ia telah dilaporkan bahawa Celtic dan Southampton telah bersetuju dengan yuran sekitar £10 juta untuk perpindahan Forster ke kelab Liga Perdana Inggeris itu.[53][54] Southampton secara rasminya mengumumkan perpindahan itu pada keesokan harinya, selepas Forster menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab itu.[55]
Dia membuat penampilan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris pada 17 Ogos ketika mereka kalah 2–1 kepada Liverpool.[56] Seminggu kemudian, Forster mengekalkan jersi bersih pertamanya untuk kelab itu, ketika seri tanpa jaringan dengan West Bromwich Albion.[57] Menjelang pertengahan bulan Oktober, selepas lapan perlawanan liga, Forster telah mengekalkan empat jersi bersih dan hanya bolos lima gol.[58]
Forster disalahkan untuk gol Aston Villa ketika seri 1–1 pada bulan November. Satu lagi kesilapan oleh Forster sebulan kemudian dalam Piala Liga membolehkan kemenangan mengejut 1–0 Sheffield United.[59] Pada 7 Februari 2015, satu lagi jersi bersih ketika kemenangan 1–0 ke atas Queens Park Rangers menyaksikan Southampton naik ke tempat ketiga liga.
Pada 21 Mac 2015, dalam perlawanan menentang Burnley, Forster mengalami kecederaan lutut dan digantikan oleh Kelvin Davis. Empat hari kemudian, Southampton mengesahkan kecederaan sebagai tempurung lutut pecah dan dia tidak boleh beraksi untuk baki musim itu.[60]
Pada 4 Oktober 2012, Roy Hodgson memasukkan Forster ke dalam skuad England untuk kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang San Marino dan Poland.[61] Pada 8 November 2012, Forster dinamakan ke dalam skuad England untuk perlawanan persahabatan menentang Sweden.[62] Pada 14 Mac 2013, Roy Hodgson sekali lagi memasukkan Forster ke dalam skuad England untuk kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang San Marino dan Montenegro.[63] Pada 27 Ogos 2013, Forster dimasukkan ke dalam skuad England buat kali keempat untuk kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Moldova dan Ukraine.[64]
Forster membuat penampilan pertamanya untuk England pada 15 November 2013 dalam perlawanan persahabatan menentang Chile di Stadium Wembley dimana England tewas 2–0.[65] Pada 12 Mei 2014, Hodgson menamakan Forster ke dalam skuad-23 pemain England untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[66]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Piala Liga | Eropah | Lain-lain | Total | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | JB | Kmncln | JB | Kmncln | JB | Kmncln | JB | Kmncln | JB | Kmncln | JB | ||
Newcastle United | 2008–09 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
Stockport County (pinjam) | 6 | 3 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 7 | 3 | |
Bristol Rovers (pinjam) | 2009–10 | 4 | 2 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 4 | 2 |
Norwich City (pinjam) | 38 | 18 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 3 | 2 | 42 | 20 | |
Celtic (pinjam) | 2010–11 | 36 | 21 | 4 | 2 | 4 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 44 | 24 |
2011–12 | 33 | 21 | 3 | 2 | 4 | 1 | 7 | 2 | 0 | 0 | 47 | 26 | |
Celtic | 2012–13 | 34 | 16 | 4 | 2 | 1 | 1 | 12 | 4 | 0 | 0 | 51 | 23 |
2013–14 | 37 | 21 | 2 | 1 | 0 | 0 | 12 | 5 | 0 | 0 | 51 | 27 | |
2014–15 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 4 | 2 | 0 | 0 | 4 | 2 | |
Southampton | 2014–15 | 30 | 14 | 3 | 1 | 4 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 37 | 16 |
Jumlah Karier | 218 | 116 | 17 | 8 | 13 | 4 | 35 | 13 | 4 | 2 | 287 | 143 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.