FELDA Rimba Mas

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

FELDA Rimba Mas (Jawi: فيلدا ريمبا مس) , atau FELDA Projek Rimba Mas merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di timur laut negeri Perlis, Malaysia.[1][2] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Titi Tinggi. Ia terletak kira-kira 420 kilometer (261.0 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Rimba Mas ialah 02100 Padang Besar.[3]

Fakta Segera Negara, Negeri ...
Remove ads

Sejarah

Nama FELDA Rimba Mas berasal daripada nama Hutan Simpan Rimba Mas-Mas yang dipercayai menjadi tempat persinggahan Raja Melayu dalam perjalanan membayar duit emas kepada Siam.

Kerajaan negeri telah menyerahkan tanah seluas 648.59 ekar (262.5 he) kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi membasmi kegiatan penyeludupan dan ancaman komunis. FELDA Rimba Mas mula dibangunkan pada tahun 1981/1982 dengan tanaman getah sebagai sumber utama ekonomi. Sekitar tahun 1984, jumlah keluarga peneroka yang dicatatkan sebanyak 161 keluarga. Sehingga tahun 2018, seramai 1190 orang menetap di FELDA Rimba Mas.[4]

Remove ads

Geografi

FELDA Rimba Mas terletak di bahagian timur laut negeri Perlis. Kawasan perumahan ini mempunyai luas anggaran sebanyak 183 ekar (74.1 he).[5] FELDA Rimba Mas berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah Kampung Padang Mawa, Kampung Kok Mak dan Kampung Tersusun Cawangan Sena Luar.[5]

Pentadbiran

FELDA Rimba Mas terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Rimba Mas terletak dalam Mukim Titi Tinggi di bahagian timur.[5] Ia dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Rimba Mas terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Padang Besar manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Perlis, ia terletak dibawah kawasan Titi Tinggi.[6]

Pengangkutan

FELDA Rimba Mas dihubungkan dengan petempatan lain dengan FT 79 (Jalan Ulu Pauh-Chuping-Padang Besar), melalui simpang Jalan Garuda FELDA Rimba Mas dan R125 (Jalan Kok Mak), melalui simpang Jalan Nuri FELDA Rimba Mas.[5] Jarak FELDA Rimba Mas ke pusat bandar terdekat iaitu Padang Besar ialah sejauh 4.53 kilometer (2.8 bt) dan mengambil masa selama lima minit memandu kereta.[a][7] Manakala jarak Rimba Mas ke ibu negeri Perlis iaitu Kangar ialah sejauh 29.49 kilometer (18.3 bt) dan mengambil masa selama 31 minit memandu kereta.[b][7]

Remove ads

Kemudahan

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Rimba Mas termasuklah;[7]

  1. Sekolah Kebangsaan (Felda) Rimba Mas
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar Utara
  3. Masjid Al Mustaqim Felda Rimba Mas

Nota

  1. Diukur dari simpang Jalan Garuda FELDA Rimba Mas ke Stesen Bas Padang Besar
  2. Diukur dari simpang jalan masuk utama FELDA Chuping ke Pejabat Pos Kangar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads