From Wikipedia, the free encyclopedia
Enock Kwateng (lahir 9 April 1997) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Ligue 1, Bordeaux.[3] Beliau merupakan pemain belia Perancis yang pernah mewakili pasukan bawah-16 sehingga bawah-20.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Enock Kwateng | ||
Tarikh lahir | 9 April 1997 | ||
Tempat lahir | Mantes-la-Jolie, Perancis | ||
Ketinggian | 1.81 m (5 ka 11 in)[1] | ||
Posisi permainan | Bek kanan[2] | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Bordeaux | ||
Nombor | 25 | ||
Kerjaya remaja | |||
2004–2012 | FC Mantes | ||
2012–2014 | Nantes | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2014–2016 | Nantes B | 45 | (3) |
2015–2019 | Nantes | 40 | (0) |
2019– | Bordeaux | 6 | (0) |
Pasukan kebangsaan | |||
2013 | Perancis B16 | 7 | (1) |
2013 | Perancis B17 | 5 | (1) |
2014–2015 | Perancis B18 | 7 | (0) |
2015–2016 | Perancis B19 | 16 | (0) |
2016–2017 | Perancis B20 | 8 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:37, 14 Oktober 2019 (UTC) |
Kwateng merupakan prospek dari akademi Nantes. Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama skuad utama dalam perlawanan Ligue 1 pada 15 Ogos 2015 ketika menentang Angers selepas menggantikan Olivier Veigneau pada minit ke-79 permainan yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.[4]
Pada Jun 2019, Kwateng bersetuju untuk menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Bordeaux. Oleh kerana kontraknya bersama Nantes telah luput, beliau menyertai Bordeaux menerusi perpindahan percuma untuk musim 2019–20.[5]
Kwateng berasal daripada keturunan Ghana[6] dan pernah mewakili Perancis di peringkat bawah-16, bawah-17, bawah-18, bawah-19 dan bawah-20.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.