Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Datin Elvina Mohamad (Jawi: ايلۏين محمد; lahir 25 Januari 1995) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau terkenal dengan menerusi drama Cinta Si Wedding Planner, Shhh... I Love You, Jojie Gigil dan Takdir Yang Tertulis.[3]
Elvina Mohamad | |
---|---|
Keputeraan | Norzalina binti Mohamad 25 Januari 1995 Teluk Intan, Perak, Malaysia |
Pasangan | Dato' Mohd Haniff Borhan (k. 2018) |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Elvina Mohamad lahir pada 25 Januari 1995 di Teluk Intan, Perak kepada pasangan Mohamad Ibrahim dan Mariah Husin. Beliau merupakan anak ke-tiga daripada lima beradik. Mempunyai darah campuran Melayu dan Vietnam. Elvina memiliki pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[4]
Elvina mula terlibat dalam bidang lakonan menerusi drama Baby Ana Milik Siapa? (2014)[5] dan sejak itu mula aktif berlakon dalam beberapa buah drama dan telefilem.
Elvina muncul dalam drama Cinta Si Wedding Planner dan Suamiku Paling Sweet sebagai watak pembantu. Seterusnya, beliau berlakon dalam drama bertajuk Shhh... I Love You sebagai watak utama. Ketiga-tiga drama tersebut disiarkan di Slot Akasia TV3.
Selain itu, beliau juga membintangi drama bertajuk Jojie Gigil yang ditayangkan di TV3 menerusi Slot Dahlia. Drama ini juga dapat ditonton terlebih dahulu di laman sesawang Tonton.com.my sebelum ditayangkan di TV3.
Kerjaya filem Elvina bermula pada 2016 apabila pelakon dan pengarah veteran Ahmad Idham menawarkan beliau berlakon dalam filem Mat Moto Otai yang dibintangi oleh Opie Zami, Eizlan Yusof dan Cat Farish. Beliau kemudian membintangi filem Zombitopia (2021) arahan Woo Ming Jin, lakonan bersama Shaheizy Sam dengan memegang watak sebagai Zooey.[6]
Pada 18 Mac 2018, Elvina telah sah menjadi isteri kepada Dato' Mohd Haniff Borhan yang merupakan seorang usahawan permotoran. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Asy-Syakirin KLCC, Mohd Radhi Abdul Ghani, kira-kira jam 3.25 petang.[7]
Elvina dan Mohd Haniff dikurniakan seorang anak lelaki sulung yang bernama Karl Mateen yang dilahirkan pada 1 Disember 2018.[8]
Pada 20 April 2023, Elvina selamat melahirkan anak lelaki keduanya yang bernama Ean Maleeq.[9]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Mat Moto Otai | Johana | Filem pertama |
2021 | Zombitopia | Zooey | |
2022 | Seratus | Penampilan khas | |
2024 | Waruga: Kutukan Ilmu Hitam | Ardila |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Baby Ana Milik Siapa? | Anis | TV3 | |
2015 | Anak Ke-5 | Marlia | TV9 | |
2016 | Cinta Si Wedding Planner | Dayana | TV3 | |
Mariam Alisa | Mariam Alisa | |||
2017 | Suamiku Paling Sweet | Nurul Hanna Asyikin | ||
Shhh... I Love You | Nur Nadia Omar | |||
Jojie Gigil | Jojie | |||
2018 | Kalis Kasih | Dania | ||
Solat | Zila | Episod: "Dekatkan Kami DenganMu" | ||
Isteri Untuk Diiktiraf | Saffiya | TV1 | ||
Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! | Afrina Izzati | Astro Ria | ||
Sejuta Rasa Buat Adelia | Joanna | |||
2019 | Demi Rindumu | Rania | ||
2020 | Seadanya Aku | Wina | TV3 | |
2021 | Takdir Yang Tertulis | Ruhila | ||
2022 | Derhaka Cinta Jebat | Aishah | TV1 | |
Lockdown 2 | Amira | Astro Ria | ||
Takdir Cinta Dhia | Dhia Zahra | Astro Prima |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Sepahtu Reunion Live | Mira | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Aku Bukan Malaikat" |
Embun | Artis Jemputan: Episod "Penunggu Penambang" |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 | Artis Baru Wanita Popular | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.