From Wikipedia, the free encyclopedia
Ekonomi Switzerland adalah salah satu ekonomi yang paling stabil di dunia. Switzerland juga merupakan negara yang amat mementingkan keselematan jadi, banyak pelabur asing melabur di Switzerland membuatkan ekonomi Switzerland melonjak.
Ekonomi Switzerland | |
---|---|
Kedudukan | Ke-37 [1] |
Mata wang | 1 Franc Swiss (CHF 1) |
Tahun fiskal | Kalendar tahun |
Pertubuhan perdagangan | EFTA, WTO dan OECD |
Perangkaan | |
KDNK | ▲ $851.136 bilion (PPP, 2024 est.) |
Pertumbuhan KDNK | ▲ 1.7% (2014 est.) |
KDNK per kapita | ▲ $95,836 (PPP, 2024 est) |
KDNK mengikut sektor | pertanian (1.3%) industri (27.7%) perkhidmatan (71.0%) (2012 est.) |
Inflasi (CPI) | ▼-0.7% (CPI, 2012 est.) |
Populasi dibawah garis kemiskinan | ▲7.9% (2010) |
Pekali Gini | ▼ 29.6 (2010) |
Tenaga buruh | 4.91 juta (2012 est.) |
Tenaga buruh mengikut pekerjaan | pertanian (3.4%) industri (23.4%) perkhidmatan (73.2%) (2010) |
Pengangguran | ▲2.9% (2012 est.) |
Industri utama | jentera, bahan kimia, jam tangan, tekstil, instrumen ketepatan, pelancongan, perbankan dan insurans |
Ked. Kemudahan Menjalankan Perniagaan | Ke-28[2] |
Dagangan antarabangsa | |
Eksport | ▼$308.4 bilion (2012 est.) Nota: data perdagangan tidak termasuk dengan perdagangan Switzerland |
Barangan yang dieksport | jentera, bahan kimia, logam, jam tangan dan produk pertanian |
Rakan dagangan eksport utama | Jerman 19.8% Amerika Syarikat 11.1% Itali 7.2% Perancis 7.1% United Kingdom 5.4% (2012 est.)[3] |
Import | ▼$287.7 bilion (2012 est.) |
Barangan yang diimport | jentera, bahan kimia, kenderaan, logam; produk pertanian, tekstil |
Rakan dagangan import utama | Jerman 29.7% Itali 10.2% Perancis 8.4% Amerika Syarikat 5.6% Republik Rakyat China 5.6% Austria 4.2% (2012 est.)[4] |
Saham FDI | ▲$634.3 bilion (31 December 2012 est.) |
Kewangan awam | |
Hutang awam | 46.7% of GDP (2012 est.)[5] |
Hasil negara | $212.7 bilion (2012 est.) |
Perbelanjaan | $211.1 bilion (2012 est.)Note: includes federal, cantonal and municipal accounts |
Bantuan ekonomi | donor: ODA CHF2.31 billion (0.47% of GDP)[6] |
Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551) | |
sunting |
Oleh kerana Switzerland merupakan negara berkecuali, industri dan perdagangan adalah kunci kepada kehidupan ekonomi Switzerland. Switzerland telah mencapai salah satu pendapatan per kapita yang paling tinggi di dunia dengan kadar pengangguran yang rendah dan bajet yang seimbang. Sektor perkhidmatan juga telah memainkan peranan ekonomi yang penting.
Terdapat satu gurauan mengatakan, apabila seorang pengurus bank Switzerland melompat keluar tingkap, segeralah mengikutnya, pasti ada habuan! Ini jelas menunjukkan kecemerlangan ekonomi Switzerland. Walaupun Switzerland sebuah negara yang kaya, namun rakyatnya mengamalkan cara hidup sederhana mencerminkan pegangan kuat fahaman Protestan yang menerapkan nilai kejujuran dan kerajinan.
Pada zaman dahulu, semua orang Swiss menjadi askar upahan di negara yang kekurangan askar. Mereka dibayar untuk berperang. Apabila menyebut askar upahan pada zaman bergolak dahulu, ramai akan terfikirkan Switzerland. Pada Zaman Pertengahan, Switzerland adalah negara yang miskin di Eropah. Ini juga melambangkan tanda aras reputasi orang Swiss. Salah satu cerita terkenal mengenainya ialah keberanian askar upahan Raja Louis XVI. Semasa Revolusi Perancis, apabila semua angkatan tentera melarikan diri daripada serangan musuh, pengawal Swiss tetap mempertahankan majikannya sehingga nafas terakhir.
Askar-askar upahan ini membawa pulang mata wang asing dan menjadi asas ekonomi Switzerland. Seterusnya, Switzerland mengembangkan industri negara dengan produk tenunan kapas dan pembuatan jam.
Pada zaman moden, infrastruktur industri Switzerland telah banyak berubah. Bagaimanapun, industri pertanian tetap penting. Orang Swiss juga berbangga dengan hasil pertanian di mana hampir 50 peratus daripada makanan negara dibekalkan sendiri. Hasil pertanian termasuk gandum, barli, ubi kentang, bit gula, epal, pic dan anggur. Produk tenusu seperti keju dan mentega dieksport ke luar negara. Switzerland juga mencapai kemajuan dalam bidang perindustrian termasuk pembuatan perkakasan dan operasi jentera canggih yang digunakan dalam pemprosesan logam dan sebagainya.
Pada akhir abad ke-16, ramai pelari Protestan dari Perancis mencari tempat perlindungan di Switzerland akibat penindasan agama. Di antara mereka ada sekumpulan pembuat jam yang berkemahiran tinggi. Bukti kemahiran dan kepakaran mereka dapat dilihat pada kualiti jam Switzerland. Teknologi dan kemahirannya menjadi tanda dunia. Selain itu, pisau serba guna dipanggil pisau Swiss merupakan peralatan penting setiap ahli pengakap dalam aktiviti luar. Daripada ciri reka bentuk yang praktikal itu, kita dapat lihat ketelitian perincian serta kekemasan hasil tukang besi Swiss.
Orang Swiss jarang membincangkan soal kewangan dalam perbualan harian. Persoalan tentang pendapatan bulanan dan cukai tidak didedahkan kepada orang lain. Bank Swiss mematuhi dengan tegas prinsip kerahsiaan maklumat pelanggan. Bagaimanapun disebabkan peraturan itu, ramai dikatakan menyalahgunakannya dengan membuka akaun mengandungi dana dan pelaburan haram. Oleh itu, peraturan Bank Swiss ini sering menjadi topik perbincangan dan perdebatan hangat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.