Buletin Didik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Buletin Didik (dahulunya dikenali sebagai Warta Nasional ntv7, Edisi 7 (era pertama), MNN Nasional News dan Edisi 7 (era kedua) merupakan rancangan berbentuk berita dan informasi terkini dari dalam dan luar negara yang disiarkan di NTV7 (kini DidikTV KPM). Turut dimuatkan adalah perkembangan ekonomi, sukan dan hiburan. Edisi 7 bersiaran setiap Sabtu hingga Khamis pada 1:00 tengah hari, tetapi juga disiarkan pada 7:00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat sebelum waktu siarannya bertukar, berikutan perubahan rancangan di ntv7 pada 5 Mac 2018.
Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. (Julai 2023) |
Remove ads
Sejarah
Waktu siaran Edisi 7 kembali ke 8:00 malam pada 1 Jun 2018, yang mana sebelum ini ialah waktu siaran sebelum Januari 2007, di mana slot tersebut digunakan oleh 7 Edition. Sebelum ini, Edisi 7 disiarkan pada 5:00 petang yang hanya dapat bertahan selama hampir tiga bulan. Dengan perubahan ini, 7 Edition berpindah ke 11:00 malam. Tetapi, ada bantahan berlaku menyebabkan Edisi 7 tukar siaran pada 2:30 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis mulai 17 Jun 2018.
Pada 31 Disember 2018, Edisi 7 disiarkan pada jam 7:30 malam pada setiap hari.
Pada 1 Disember 2020, Edisi 7 disiarkan pada jam 12:00 tengah hari.
Pada 17 Februari 2021, Edisi 7 dinamakan semula sebagai Buletin Didik dan disiarkan pada jam 7:30 malam pada setiap hari.
Buletin Didik tukar waktu masa bermula jam 7:00 malam hingga 7:30 malam.
Buletin Didik telah menamatkan penyiarannya pada 25 Mei 2023 sehingga 30 September 2024.
Pada 26 Mei 2023, Buletin Didik telah digantikan oleh Buletin 1:30 pada setiap Sabtu - Khamis pukul 1:30 tengah hari dan Buletin Pagi (ulangan) dari ehsan TV3 pada setiap Jumaat pukul 1:30 tengah hari sehingga 30 September 2024.
Buletin Didik akan disiarkan kembali pada 1 Oktober 2024, 7:00 malam setiap hari dan ulangan pada 1:30 tengah hari menggantikan Buletin 1.30 (Sabtu - Khamis) dan Buletin Pagi (Jumaat sahaja).
Remove ads
Penyampai berita
Penyampai Terkini
- Aidil Saharuddin
- Amirulhakim Lokman
- Mimi Azeera Abdullah
- Najwa Azaha
- Saberi Abdul Malek
Bekas Penyampai
- Azlinda Mohd Salim
- Charles Mohan
- Farah Nabilah Wazer
- Fazilah Hani Harun
- Hazwan Syah
- Helmi Majid Ismail
- Jasmine Abu Bakar
- Juliana Ramle
- Khairunnisak Dzun Nurin
- Melissa Ong (kini bersama Bernama TV)
- Midy Saleh
- Nadia Mohsin
- Nina Jamil
- Nur Halifah Ghani
- Norazlina Awang Had
- Rusyilda Ismail
- Syafrie Izwan Wahab
- Syarifah Salwa Syed Abdul Rahman
- Taha Rusydi Mohd Nazri
- Wan Kamaruddin Wan Ibrahim (kini bersama Berita Alhijrah)
- Zaiti Zubir
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads