Ejaan yang Disempurnakan (singkatan: EYD) atau Ejaan Rumi Bersama (disingkatkan kepada ERB) ialah piawai ejaan Rumi bahasa Melayu yang disatukan untuk gunaan bahasa-bahasa baku semua negara Nusantara iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura secara rasmi sejak tahun 1972; ia menggantikan sistem-sistem pengejaan dahulu yang sedia ada iaitu:

Pembangunan

Pada 23 Mei 1972, sebuah kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Malaysia dan Indonesia. Kenyataan bersama itu mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah disetujui oleh para ahli dari kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. Sistem ejaan ini dikuatkuasakan pada 16 Ogos 1972 berdasarkan Keputusan Presiden No. 57 Tahun 1972, berlakulah sistem ejaan Rumi (ejaan Latin dalam istilah bahasa Indonesia) bagi bahasa Melayu baku-baku Malaysia dan Indonesia.

Selanjutnya Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia menyebarluaskan buku panduan penggunaan yang berjudul "Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan". Kemudian pada 12 Oktober 1972, Jawatankuasa Pengembangan Bahasa Indonesia, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, menerbitkan buku "Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan" dengan penjelasan kaedah penggunaan yang lebih luas. Melalui Surat Keputusan No. 0196/1975, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia kemudian mengesahkan kedua-dua "Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan" dan "Pedoman Umum Pembentukan Istilah".

Ejaan ini pula diperbaharui lanjut dengan beberapa aturcara baharu yang dirasmikan menjadi Ejaan Bahasa Indonesia dari tahun 2015 sehingga tahun 2022. Kementerian Pendidikan Indonesia memperkenalkan edisi baru sistem ini untuk kegunaan baku rasmi negara tersebut yang diberi tajuk Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan pada bulan Ogos tahun 2022.[2]

Perbezaan antara EYD dan Ejaan Republik

Perbezaan-perbezaan antara EYD dan Ejaan Republik adalah seperti yang berikut:[3]

  • 'tj' menjadi 'c' : tjutji cuci
  • 'dj' menjadi 'j' : djarak jarak
  • 'j' menjadi 'y' : sajang sayang
  • 'nj' menjadi 'ny' : njamuk nyamuk
  • 'sj' menjadi 'sy' : sjarat syarat
  • 'ch' menjadi 'kh' : achir akhir

Untuk penjelasan yang lebih lanjut tentang penulisan tanda baca, sila lihat Penulisan tanda baca sesuai EYD

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.