genus burung From Wikipedia, the free encyclopedia
Ducula ialah genus utama dalam keluarga Columbidae, yang secara kelompok dikenali sebagai pergam. Ia merupakan merpati bersaiz besar hingga sangat besar, dan berekor panjang atau sederhana panjang. Ia tinggal di atas pokok dengan diet makanan tertumpu pada buah-buahan. Ducula ialah saudara terdekat punai pemakan buah, Ptilinopus. Kedua-dua genus memiliki warna bulu yang terang, kebanyakannya hijau, dengan bahagian bawah badan berlawanan dengan warna ungu, jingga atau merah. Beberapa spesies Ducula memiliki sere bengkak yang dominan.[1] Ducula mempunyai rahang mulut yang besar dan menelan keseluruhan bijirin, oleh itu memainkan peranan penting dalam menyebarkan anak benih.[2]
Pergam | |
---|---|
Pergam ekor ungu (Ducula rufigaster) | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Columbiformes |
Keluarga: | Columbidae |
Subkeluarga: | Ptilinopinae |
Genus: | Ducula Hodgson, 1836 |
Spesies | |
Lihat teks |
Pergam boleh dijumpai di hutan-hutan di selatan Asia, New Guinea, utara Australia dan Kepulauan Pasifik. Kebanyakan spesies hidup berpindah-randah, terbang dalam jarak jauh untuk mencari sumber-sumber makanan bermusim. Ada antaranya yang bermigrasi dan kesemua mereka merupakan penerbang yang kuat.[1] Oleh kerana kehilangan habitat dan pemangsaan, spesies Ducula merupakan antara spesies unggas yang paling terancam secara sejagat.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.