From Wikipedia, the free encyclopedia
Doa (Arab: دُعَاء, rumi: du`ā' "seruan; permintaan" terbitan kata kerja دَعَا da`ā "memohon"[1]) ialah rayuan kepada suatu tuhan yang diucapkan oleh seseorang yang percaya kepada-Nya dalam anutan dipegang. Seseorang yang Muslim meminta atau "berdoa" kepada Allah dengan meletak tangan di hadapan dan menghadap kedua tapak tangan ke atas. Ia sering dilakukan setelah sembahyang, sewaktu mengambil air sembahyang (wuduk), sewaktu makan dan minum, berniat puasa dan sebelum tidur. Ia juga digunakan dengan beberapa niat pada perbuatan yang baik menurut ajaran agama Islam.
Muslim digalakkan berdoa untuk menunjukkan rasa rendah diri terhadap Allah SWT, selain untuk menunjukkan rasa patuh dan taat kepada suruhan Allah. Doa boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa had dan batasan selagi manusia Muslim itu hidup dan beriman kepada Allah.
Khasnya doa dilakukan bagi membaiki diri dengan cara meminta ampun kepada Allah dan mengharapkan sesuatu daripada-Nya.
Selaras dengan tanggungjawab orang Islam berharap sesuatu kepada Allah, Allah SWT telah meletakkan beberapa waktu yang dianggap waktu-waktu yang paling diberkati dan dimakbulkan permintaannya oleh Allah. Pada waktu-waktu itu, orang Islam digalakkan untuk memohon dan berharap kepada Allah dengan perkara-perkara yang baik serta meminta belas kasihan dan keampunan daripada-Nya. Umat Islam percaya Allah akan memakbulkannya. Walau bagaimanapun, terdapat syarat lain yang perlu dipatuhi agar doa itu diterima Allah dengan seadanya iaitu orang Islam jangan menyekutukan Allah (menyamakan Allah dengan apa-apa pun seperti mencari Tuhan lain selain Allah) serta wajib bagi mereka membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT.
Berikut ialah senarai waktu-waktu yang diberkati doanya oleh Allah SWT:
Walau bagaimanapun, Islam menyarankan agar penganutnya berdoa kepada Allah pada bila-bila waktu dan tempat, selagi mereka masih beriman dan mengharapkan kebaikan dan keampunan daripada Allah SWT.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.