Gunung Arafah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Gunung Arafahmap

Gunung Arafah atau Gunung Arafat (Arab: جبل عرفات; bahasa Arab Jabal ‘Arafāt) ialah sebuah bukit berbatu granit yang terletak di sebelah timur Makkah, Arab Saudi. Ia juga dikenali sebagai Gunung Rahmat (Jabal ar-Rahmah). Menurut tradisi Islam, di puncak bukit inilah Nabi Muhammad menyampaikan pesanan atau Khutbah Terakhir baginda kepada seluruh Muslim yang menunaikan ibadah Haji bersama baginda sebelum baginda meninggal dunia. Mengikut sejarah tradisi Islam juga dipuncak bukit inilah dimana Nabi Adam a.s. dan Hawa bertemu kembali di bumi selepas diperintah Allah turun ke bumi. Ketinggian bukit ini adalah kira-kira 70 meter.

Fakta Segera Titik tertinggi, Ketinggian ...
Gunung Arafah
جَبَل عَرَفَات
Thumb
Titik tertinggi
Ketinggian454 meter (1,490 ka)
Koordinat21°21′17″N 39°59′02″E
Geografi
Thumb
Gunung Arafah
Gunung Arafah
Kedudukan Gunung Arafah
LokasiBerdekatan Makkah, Wilayah Makkah, Arab Saudi (Hijaz)
Induk banjaranPergunungan Hijaz
Geologi
Usia batuan9.13 ± 1.05 Mya
Jenis gunungBukit granodiorit[1]
Tutup
Thumb
Gunung Arafah
Thumb
Dataran Arafah sewaktu musim Haji
Thumb
Para haji merayu di Dataran Arafah

Secara geologi, Gunung Arafah diketahui sebagai bukit granodiorit, terutamanya terdiri daripada feldspar, kuarza dan muskovit, di samping mineral-mineral lain.[1]

Haji

Ketika musim Haji, umat Islam yang menunaikan Haji akan menghabiskan seluruh waktu siangnya pada 9 Zulhijjah di Arafah demi mencari ketenangan dan pengampunan dari Allah SWT serta memohon kekuatan secara bersendirian untuk mengharungi masa depan mereka didunia dan di akhirat. Di Padang Arafah juga ada para jamaah yang akan mengumpulakan bebebrapa butir batu untuk dilontarkan ke Jamrah. Anda akan mendapati ramai jamaah ketika berwukuf akan memanjat ke bukit dan beristirahat disana sambil berdoa kepada Allah. Ritual di Gunung Arafah akan berakhir apabila sahaja masuk waktu Maghrib (senja) menandakan 10 Zulhijjah, kemudian para jamaah akan bergerak meninggalkan Arafah dan menuju ke Muzdalifah untuk mengutip batu, berSolat Isyak dan tidur sebentar.

Aras muka bumi yang lebih rendah di Arafah dipanggil Padang Arafah. Namun Gunung Arafah juga turut dipanggil bagi merujuk kepada seluruh kawasan ini. Arafah sangat penting buat umat Islam yang menunaikan ibadah Haji. Ini kerana Nabi Muhammad menyebut Haji adalah Arafah. Para jamaah Haji yang gagal berada Arafah sekurangnya beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (senja), boleh menyebabkan ibadah Haji yang dilakukan terbatal secara langsung. Kebanyakan para jamaah juga turut tinggal sementara di sini untuk tujuan berjaga-jaga sebelum fajar 9 Zulhijjah tiba supaya mereka tidak terlepas mendapat ibadah Haji itu sendiri.[2]

Pengangkutan

Pada akhir tahun 2010, kerajaan Arab Saudi telah memulakan perkhidmatan tren laluan Metro Al Mashaaer Al Mugaddassah sebagai laluan pengangkutan Makkah ke kawasan Arafah untuk memudahkan para jemaah.[3] Laluan ini, serta laluan tambahan dalam rancangan pembinaan, bakal membentuk sistem Makkah Metro yang akan menghubungkan Makkah dengan kawasan sekitarnya.

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.